Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
60) JUALAN MINUMAN KERAS
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah prosedur permohonan lesen penjualan minuman keras di Selangor?
SEKSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Dimaklumkan bahawa pemohon baru lesen penjualan minuman keras perlu mengemukakan dokumen yang disenaraikan dalam senarai semak seperti di lampiran 2 dua bulan sebelum bermulanya penggal baru. Pemohon juga dikehendaki membuat iklan di surat khabar mengenai cadangan perniagaan tersebut bagi mendapatkan maklumbalas orang awan sekiranya terdapat sebarang bantahan,
Setiap permohonan yang lengkap tanpa sebarang bantahan daripada orang awam akan diterima dan dikemukakan kepada pihak Kastam, PBT dan juga Pihak Jabatan Kesihatan Daerah.
Surat maklumbalas permohonan tersebut akan diperolehi daripada pihak Kastam manakala Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Jabatan Kesihatan akan memberi maklumbalas terperinci semasa mesyuarat Lembaga pelesenan diadakan iaitu pada bulan Jun dan Disember setiap tahun. Pengerusi Lembaga Pelesenan akan meluluskan permohonan setelah mendapat sokongan dan persetujuan daripada semua pihak (termasuk Ahli Lembaga Pelesenan, pihak Polis, dll). Surat kelulusan daripada Pejabat Daerah dikeluarkan kepada pemohon untuk mendapakan Lesen Menjual Minuman Keras dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan di Akta Eksais 1976
-
Berapakah jumlah permohonan yang diterima dan diluluskan dari 2008 hingga 2014?
Berikut adalah jumlah permohonan yang diterima dan diluluskan dari 2008 hingga 2014 mengikut daerah : (sila rujuk Lampiran 1)
LAMPIRAN 1
PTD
Jumlah Permohonan Penjualan Minuman Keras 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 Terima Lulus Terima Lulus Terima Lulus Terima Lulus Terima Lulus Terima Lulus Terima Lulus Klang 414 252 386 326 385 323 394 323 393 346 392 346 406 367 Petaling 750 716 760 716 780 756 745 736 860 844 730 714 670 657 Kuala Langat 5 3 6 3 5 1 3 2 5 5 5 4 1 1 Hulu Langat 0 0 126 115 241 226 269 247 0 0 290 271 273 35 Sabak Bernam 35 30 38 30 42 30 42 31 41 32 34 32 18 16 Kuala Selangor 41 41 45 45 50 45 45 45 46 46 45 45 49 48 Gombak 7 72 12 126 14 101 6 139 14 157 16 146 6 153 Hulu Selangor 56 56 56 56 56 56 56 62 62 62 62 62 62 62 Sepang 5 2 4 4 3 3 5 3 12 7 12 6 10 8 JUMLAH 1313 1172 1433 1421 1576 1541 1565 1588 1433 1499 1586 1626 1495 1347 -
Apakah tindakan kerajaan negeri sekiranya peniaga tidak mematuhi syarat penjualan minuman keras?
Pihak Berkuasa Tempatan akan mengadakan lawatan ke premis perniagaan minuman keras dari masa ke semasa bagi memerhati dan memantau keadaan disekitar premis tersebut dan juga memastikan penjual mengikut syarat-syarat perniagaan sepanjang waktu perniagaan.
Sekiranya terdapat sebarang aduan daripada orang awam, pihak Pejabat Daerah/ Tanah bersama Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak Kastam akan membuat lawatan ke premis tersebut. Pihak kastam akan membuat rampasan dan kompaun terhadap peniaga yang tidak mengikut syarat perniagaan berdasarkan Akta Eksais 1976. Pihak Berkuasa Tempatan juga akan bertindak untuk menyita premis serta merampas barangan/produk peniaga yang tidak mematuhi syarat-syarat perniagaan.