Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

183) JUALAN EHSAN SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan telah digunakan bagi menjalankan program Jualan Ehsan Selangor?

    Jumlah keseluruhan peruntukan yang telah disalurkan untuk program Jelajah Ehsan Rakyat Selangor (kini dikenali sebagai Jualan Ehsan Rahmah) adalah sebanyak RM40 juta iaitu RM23 juta untuk barangan dan RM17 juta (logistik, tenaga kerja dan promosi).

  2. Apakah perancangan jangka masa panjang bagi meneruskan program Jualan Ehsan Selangor?

    Jualan Ehsan Rahmah masih diteruskan sehingga hari ini dengan peruntukan subsidi dan operasi diterima daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri (KPDN) Selangor. Pada masa sama, PKPS telah mendapat kerjasama daripada rakan strategik pemasaran untuk menyebar luas program JER seperti kerjasama dengan pasar raya terkemuka Segi Fresh dan ST Rosyam. Sebagai contoh program JER akan dilaksanakan di hampir 100 outlet Segi Fresh yang terdapat di seluruh Negeri Selangor. Langkah ini bertujuan mengurangkan kos logistik dan membolehkan lebih banyak perbelanjaan disalurkan kepada subsidi barangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.