Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

12) JUALAN EHSAN SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah cara pelaksanaan Jualan Ehsan Selangor dengan jualan barangan yang murah?

    Jualan Ehsan Selangor (JER) menggunakan konsep jelajah ke semua DUN di Selangor dengan menaiki trak iaitu membawa enam produk harian (ayam, ikan, daging, telur, beras dan minyak masak) melibatkan sembilan lokasi sehari.

  2. Bagaimana dan berapa penduduk Selangor dapat manfaat dalam program Jualan Ehsan Selangor?

    Setiap barangan keperluan harian yang dibawa dijual pada harga lebih rendah iaitu antara 28 hingga 30 peratus. Berikut senarai harga barangan di JER:

    i) Ayam (1.8 hingga 2 kilogram) – RM10 (harga pasaran RM16-RM18)

    ii) Telur ayam gred B – RM10 (harga pasaran RM12.90)

    iii) Ikan kembung (1 kilogram/peket) – RM6 (harga pasaran RM10)

    iv) Daging import (1 kilogram) – RM10 (harga pasaran RM13.90)

    v) Minyak masak botol (5 kilogram) – RM25 (harga pasaran RM33.50)

    vi) Beras (5 kilogram) – RM10 (harga pasaran RM13.00)

    Setakat 30 Oktober 2022, lebih 200,000 penduduk Selangor telah menikmati manfaat daripada program JER.

  3. Berapakah kos yang dibimbing oleh kerajaan atas program Jualan Ehsan Selangor?

    Kos yang dibiayai oleh kerajaan di atas program ini adalah sebanyak RM12 juta (JER akan diadakan sehingga awal Disember 2022).

Lampiran

Tiada Lampiran.