Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
226) JUALAN EHSAN RAHMAH (JER)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha yang akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi menambah baik program Jualan Ehsan Rahmah memandangkan ia terhad di lokasi tertentu setiap hari?
Jualan Ehsan Rahmah masih diteruskan sehingga hari ini dengan peruntukan subsidi dan operasi diterima daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri (KPDN) Selangor. Pada masa sama, PKPS selaku agensi pelaksana program telah mendapat kerjasama daripada rakan strategik pemasaran untuk menyebarluas program JER seperti kerjasama dengan pasaraya terkemuka Segi Fresh dan ST Rosyam. Sebagai contoh program JER akan dilaksanakan secara berkala di hampir 100 outlet Segi Fresh yang terdapat di seluruh negeri Selangor. Langkah ini bertujuan mengurangkan kos logistik dan membolehkan lebih banyak perbelanjaan disalurkan kepada subsidi barangan.
-
Apakah ada prosedur dan syarat tertentu bagi membuat pembelian di Jualan Ehsan Rahmah?
Syarat pembelian adalah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas dan pembelian adalah terhad kepada pembelian runcit. Contoh nya seorang pembeli hanya dibenarkan membeli seekor ayam dan sepapan telur.
-
Berapakah jumlah jualan yang dikutip melalui program Jualan Ehsan Rahmah sejak ia dilancarkan?
Jumlah jualan yang telah dikutip melalui program Jualan Ehsan Rahmah (Sebelum itu Jualan Ehsan Rakyat) sejak dilancarkan pada September 2022 adalah sebanyak RM 68 juta.