Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

229) JUALAN EHSAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan telah merancang akan membuka oulet ataupun pengedar di setiap daerah?

    PKPS melalui anak syarikat PKPS Management Services Sdn Bhd (PMSSB) kini dalam perancangan membuka sekurang-kurangnya dua outlet baharu dalam tahun ini. Pada masa sama, PKPS juga menyasarkan akan membuka outlet EHSAN di setiap daerah (9 daerah) dalam tempoh satu ke dua tahun akan datang.

  2. Berapa banyak beras dan barang asasi yang mampu dibekalkan oleh Kerajaan Negeri melalui anak syarikat MBI iaiti PKPS dengan Jualan Ehsan bagi menjamin keterjaminan makanan asasi?

    Pihak PKPS mempunyai sebanyak 2000 tan metrik beras sebulan bagi menampung keperluan rakyat di Negeri Selangor. Penambahan kuantiti  beras akan dilaksanakan dari masa ke semasa.

  3. Senaraikan barang dan harga yang dibekalkan oleh Jualan Ehsan?

    Barang yang dibawa semasa Jelajah Ehsan Rahmah (JER) adalah meliputi barangan keperluan harian iaitu:

    i) Ayam – RM10/seekor

    ii) Daging Sejuk Beku – RM10/pek (900 gram)

    iii) Telur ayam Gred B – RM10

    iv) Beras 5kg – RM13/kampit

    v) Ikan Sejuk Beku – RM6/pek

    vii) Minyak Masak Botol 5kg – RM25/botol

     

    Senarai barangan lain dan produk-produk OEM yang turut dibawa:

    Produk Harga
    Sotong Ring RM10/pek
    Isi Kerang RM10/pek
    Kaki Ayam/ Hati Ayam/ Pedal Ayam RM2/pek
    Gula Kasar RM2.85
    Tepung Gandum RM3.00
    Bihun RM3.00
    Sos Cili/Tomato/Tiram RM3.50
    Kicap Istimewa/Lemak Manis RM3.50
    Biskut Jagung RM5.00
    Kaya Pandan/Madu RM5.00
    Mee Kering RM5.00
    Cili Giling RM6.00
    Sardin Tin RM6.50
    Kordial Sirap Ros/Sirap Limau/Lemon/Sarsi RM8.00
    Biskut Butter RM8.00
    Biskut Lemon Krim RM3.50
    Biskut Coklat Krim RM3.50
    Chocolate Malt RM14.00

Lampiran

Tiada Lampiran.