Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

267) JPS SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan MARRIS yang disalurkan kepada JPS Selangor sejak tahun 2008.

    Untuk makluman Yang Berhormat, jabatan ini tiada maklumat dicatatkan bagi jumlah peruntukan yang diterima sejak tahun 2008. Namun, untuk jumlah peruntukan MARRIS yang disalurkan kepada JPS Selangor sejak tahun 2013 hingga 2015 adalah seperti berikut :

     

    Tahun Peruntukan Diterima
    2013 RM 4 juta
    2014 RM 4 juta
    2015 RM 2 juta
    Jumlah Keseluruhan RM 10 juta
  2. Senaraikan projek-projek MARRIS yang dilaksanakan oleh JPS Selangor di Daerah Hulu Selangor sejak tahun 2008

    1. Senarai projek-projek MARRIS yang dilaksanakan oleh JPS Selangor di Daerah Hulu Selangor sejak tahun 2008 adalah seperti

     

    Tahun Bilangan projek dilaksanakan Kos projek terlibat (RM)
    2013 8 631,372.00
    2014 5 432,000.00

     

    2015 2 108,240.00
    Jumlah 16 1,258,112.00

     

    Senarai projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

     

     

    Bil Tahun Nama Projek Kos
    1 2008 –

    2012

      Tiada Projek Marris
    2  

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    2013

    Membaikpulih Jalan Kampung Sungai Choh, Mukim Serendah RM 100,000.00
    3 Membaikpulih Jalan Sungai Belata, Lembah Beringin, Mukim Kerling RM 70,832.00
    4 Membaikpulih Jalan Sungai Sabai, Kampung Gumut, Mukim Kalumpang RM 82,050.00
    5 Membaikpulih Jalan Kampung Sungai Jang, Mukim Kerling RM 110,600.00
    6 Membaikpulih Jalan Kampung Pasir, Mukim Kerling RM 70,880.00
    7 Membaikpulih Jalan Kampung Jawa, Mukim Kerling RM 70,980.00
    8 Membaikpulih Jalan Sungai Cemerpoh, Mukim Rasa RM 49,830.00
    9 Membaikpulih Jalan Peringkat 4, Mukim Serendah RM 76,200.00
    10  

     

     

     

    2014

    Membaikpulih Jalan Peringkat 4, Mukim Serendah 55,800.00
    11 Membaikpulih Jalan Sungai Kental, Mukim Batang Kali 116,950.00
    12 Membaikpulih Jalan Sungai Sabai, Mukim Kalumpang 75,650.00
    13 Membaikpulih Jalan Sungai Belata, Mukim Kerling 68,650.00

     

    14   Membaikpulih Jalan Kampung Sungai Jang, Mukim Kerling 114,950.00
    15  

     

    2015

    Membaikpulih Jalan Sungai Hijau, Mukim

    Batang Kali

    54,145.00
    16 Membaikpulih Jalan Blok 4 & 5, Mukim

    Batang Kali

    54,095.00
      Jumlah Keseluruhan 1,258,112.00
  3. Status terkini Projek Tebatan Banjir Batang Kali dan kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran di perumahan Bt 30, Batang Kali memandangkan banjir masih berlaku selepas tembok didirikan

    1. Tindakan membaiki kebocoran tembok telah dilaksanakan. JPS juga ada membuat perancangan bagi perlaksanaan projek tersebut di bawah yang mana masalah berhubung kebocoran tembok ini dapat di atasi apabila projek dilaksanakan.

     

    Status bagi Projek Tebatan Banjir Batangkali:

    Dalam penyediaan reka bentuk secara terperinci yang sedang dilaksanakan dan ianya merupakan projek di bawah Kerajaan Persekutuan.

     

    Status bagi Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Di Perumahan Batu 30: Dalam perancangan untuk dilaksanakan di bawah RMK-11 dan senarai projek juga telah dimasukkan ke dalam senarai permohonan.

Lampiran

Tiada Lampiran.