Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
46) JPS SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan kerja-kerja membina atau menaiktaraf jalan pertanian yang telah dilaksanakan oleh JPS di Selangor pada tahun 2017
Untuk tahun 2017, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor telah menerima peruntukan sebanyak RM2.0 juta untuk membaikpulih jalan ladang. Pihak Kerajaan Negeri adalah dalam proses mengumpulkan maklumat untuk didaftarkan sebagai jalan pertanian baru ke dalam sistem MARRIS.
MAKLUMAT TAMBAHAN:
NO TAJUK KERJA KOS PROJEK (RM)
DAERAH/ DUN
1 Kerja-kerja membaikpulih sebahagian jalan ladang di jalan benteng lama, Sungai Serdang, Daerah Klang 299,980.00
Klang/Sementa
2 Kerja-kerja membaikpulih jalan ladang di Jalan Rembia 1, Jalan Tembusu 1, Jalan Keranji 1, dan Jalan Getah 1 di Lembaga Saliran Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat 270,830.00
Kuala Langat/
Banting
3 Kerja-kerja membaikpulih jalan ladang di Jalan Kunci Air Sungai Banting dan Jalan Kunci Air Sungai Serdang belah di Lembaga Saliran Kanchong, Daerah Kuala Langat 91,300.00
Kuala Langat/
Tanjung Sepat
4 Kerja-kerja membaikpulih jalan ladang serta kerja-kerja berkaitan di jalan sempadan Kota Puteri, Kampung Harmoni, Mukim Ijok, Daerah Kuala Selangor, Selangor 75,200.00
Kuala Selangor/
Jeram
5 Kerja-Kerja membaikpulih Jalan Keruing 2, Kampung Api-Api sepanjang 1.60km Mukim Api-Api Daerah Kuala Selangor 75,200.00
Kuala Selangor/
Malawati
6 Kerja-Kerja membaikpulih Lorong Okid Lapis 2 di Kampung Melaka sepanjang 1.26km kawasan Mukim Sungai Burong Daerah Kuala Selangor 60,965.90
Kuala Selangor/
Sungai Burong
7 Kerja-kerja membaikpulih jalan tengah Kampung Jaya Setia sepanjang 1.2km Mukim Bestari Jaya Daerah Kuala Selangor 61,056.00
Kuala Selangor/
Ijok
8 Kerja-Kerja membaikpulih Jalan Hasil 2, Kampung Parit Mahang sepanjang 1.5km, Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor 49,775.00
Kuala Selangor/
Jeram
9 Kerja-Kerja membaikpulih sebahagian jalan pertanian Sungai Kental, Mukim Batang Kali, Daerah Hulu Selangor 117,554.00
Hulu Selangor/
Batang Kali
10 Kerja-kerja membaikpulih sebahagian jalan pertanian di Kampung Rasa Tambahan, Mukim Rasa, Daerah Hulu Selangor 59,400.00
Hulu Selangor/
Kuala Kubu Baru
11 Kerja-kerja penyelenggaraan jalan ladang sepanjang 0.9km dan kerja-kerja berkaitan di Jalan Kelapa TKPM Sg. Blankan, Mukim Sepang, Daerah Sepang, Selangor 73,193.00
Sepang/
Sungai Pelek
12 Kerja penyelenggaraan jalan ladang sepanjang 0.8km di Jalan Kg. Asli Kelinsing, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor. 56,445.20
Sepang/
Dengkil
13 Kerja penyelenggaraan jalan ladang sepanjang 0.4km di Jalan 4, Kg. Ampar Tenang, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor. 35,960.00
Sepang/
Dengkil
14 Kerja membaikpulih jalan ladang, Jalan Haji Abu Bakar di Kampung Perenggan dengan crusher run, Daerah Sabak Bernam. 52,635.36
Sabak Bernam/
Sabak
15 Kerja membaikpulih jalan lama Tebuk Pulai di Kampung Tebuk Pulai dengan tanah merah, Daerah Sabak Bernam 25,228.00
Sabak Bernam/
Sabak
16 Kerja membaikpulih jalan ladang jalan lorong kubur di Kampung Banting dengan crusher run, Daerah Sabak Bernam. 64,490.40
Sabak Bernam/
Sabak
17 Kerja-Kerja membaikpulih jalan ladang Parit 4 1/2 Timur (Kanan) Bagan Terap, Daerah Sabak Bernam 50,880.00
Sabak Bernam/
Sabak
18 Kerja penyelenggaraan jalan ladang sepanjang 1.2km dan kerja berkaitan di Jalan Kelapa 1 TKPM Sg. Belankan, Daerah Sepang 85,000.00
(Anggaran kos-kelulusan PWN)
Sepang/
Sungai Pelek
19 Kerja penyelenggaraan jalan ladang sepanjang 1.2km dan kerja berkaitan di jalan tengah TKPM Sg. Belankan, Daerah Sepang 195,000.00
(Anggaran kos-kelulusan PWN)
Sepang/
Sungai Pelek
20 Kerja-kerja membaikpulih jalan ladang di kawasan pertanian Agrotourism Perepat serta kerja-kerja berkaitan, Daerah Klang 200,000.00
(Anggaran kos-kelulusan PWN)
Klang/Sementa
JUMLAH 2,000,092.86 -
Senaraikan kerja-kerja membina jambatan atau pembetung baru yang telah dilaksanakan oleh JPS di Selangor pada tahun 2017
Tiada projek membina jambatan atau pembentung baru yang telah dilaksanakan oleh JPS pada tahun 2017.
-
Nyatakan peruntukan yang disalurkan kepada JPS Selangor untuk digunakan sebagai projek kecil bagi menyelesaian masalah banjir kilat dan sebagainya
Peruntukan yang disalurkan kepada JPS Selangor untuk digunakan sebagai projek kecil bagi menyelesaian masalah banjir kilat dan sebagainya adalah melalui peruntukan mengurus dan tidak dimasukkan di dalam peruntukan pembangunan negeri.
MAKLUMAT TAMBAHAN:
Berikut adalah maklumat perbelanjaan di bawah peruntukan mengurus B28000 (kerja kecil/ kecemasan):
TAHUN PERUNTUKAN PERBELANJAAN PERATUS 2015 46,986,004.00 46,532,659.35 99.03% 2016 57,282,981.07 56,375,009.33 98.40%