Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

57) JPS DAERAH HULU SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Hulu Selangor sejak tahun 2020.

    Peruntukan Persekutuan dan Peruntukan Negeri yang telah disalurkan ke Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Hulu Selangor sejak tahun 2020 adalah seperti berikut :

     

    PERUNTUKAN TAHUN
    2020

    (RM)

    2021

    (RM)

    Persekutuan 11,822,120.00 8,264,500.00
    Negeri 3,628,000.00 3,611,000.00
  2. Nyatakan status terkini Pelan Tebatan Banjir dan kerja-kerja yang akan dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah banjir yang berlaku bertahun-tahun di kawasan perumahan Batu 30, Ulu Yam.

    Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dalam peringkat penyediaan rekabentuk untuk projek menaiktaraf sistem perparitan bagi mengatasi masalah banjir kawasan perumahan Batu 30 Hulu Yam. Peruntukan yang telah diluluskan untuk melaksanakan projek ini adalah sebanyak RM4.2 juta. Projek ini dijangka akan ditender pada hujung tahun ini iaitu pada bulan November 2021 dan pelaksanaannya akan bermula pada tahun 2022 iaitu pada bulan April 2022. Tempoh pelaksanaan projek ini pula selama 24 bulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.