Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
127) JPS
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Merujuk kepada kejadian longkang pecah dan jalan mendap di Riana Ukay, Sg Sering, Hulu Kelang. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan JPS mengambil masa terlalu panjang untuk memulakan kerja-kerja pembaikan?
Jabatan Pengairan dan Saliran perlu membuat penyelarasan bersama MPAJ berkenaan kes ini memandangkan longkang tersebut telah dibina oleh pemaju terdahulu dan bukan Jabatan ini. Laporan siasatan telah dikemukakan kepada MPAJ pada bulan Jun dan 3 Julai 2013 untuk tindakan selanjutnya sebelum keputusan pembaikan diambil. Selain itu, penyediaan butiran untuk memanggil kerja-kerja sebut harga serta proses-proses berkaitan sebelum tawaran kepada pemaju yang berjaya turut mengambil masa.
-
Apakah hambatan ini disebabkan masalah birokrasi atau masalah peruntukan dana yang cukup?
Tiada masalah.
-
Apakah langkah-langkah yang dirangka bagi mengatasi kelemahan demi mengelakkan kesusahan kepada rakyat
Langkah-langkah yang dirangka bagi mengatasi kelemahan demi mengelakkan kesusahan kepada rakyat adalah seperti :
- Pemberitahuan kepada penduduk berkenaan masalah-masalah yang timbul.
- Membuka ruang kepada orang awam untuk membuat aduan di kaunter Jabatan, aduan Careline dan Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS).