Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
97) JOM SHOPPING TAWAS
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah rasionalnya TAWAS juga mengadakan jom shopping berkenaan?
Pengurusan YAWAS telah mencadangkan pelbagai cara untuk memberikan manfaat tambahan kepada Ahli TAWAS. Progam Jom Shopping dilihat lebih efektif dan dapat memberikan impak yang besar kepada Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) kerana dengan melaksanakan program ini dapat mempromosikan TAWAS dengan lebih meluas.
-
Mengapakah tidak diadakan pendekatan yang berbeza dalam memberi identiti kepada TAWAS seperti ÔHari Mesra Anak-Ibu BapaÕ dan sebagainya?
Program Jom Shopping adalah satu program yang lebih praktikal dan pada masa yang sama ianya tidak memerlukan kos yang tinggi berbanding dengan mengadakan majlis-majlis yang besar seperti ‘Hari Mesra Anak Ibubapa’. Memandangkan Ahli TAWAS berada di seluruh Selangor dan sehingga kini jumlah pendaftaran telah pun melebihi 80,000 orang ahli, agak sukar untuk membuat perancangan terutamanya dari segi penyediaan logistik.
-
Mengapakah Jom Shopping ini dilakukan oleh kakitangan TAWAS, bukan dikendalikan oleh pihak Dun?
Program Jom Shopping dikendalikan sendiri oleh YAWAS untuk mengelakkan berlakunya ketirisan dalam pengurusan pemberian manfaat dari Kerajaan Negeri. Selain itu, ia juga untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan seperti yang telah terjadi kepada Program Jom Shopping Warga Emas .