Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
28) JOM SHOPPING SMUE
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan berapa orang yang layak dapat Jom Shopping SMUE setiap bulan sejak bulan September 2019.
Berikut adalah jumlah ahli yang layak dan dijemput untuk menghadiri Program Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas mengikut bulan sejak September 2019.
-
Nyatakan bilangan ahli SMUE yang tidak mengambil voucher Jom Shopping mengikuti bulan dan DUN.
-
Apakah kelemahan yang patut diperbaiki untuk program ini?
Ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki oleh pihak YAWAS untuk meningkatkan lagi kualiti program dan juga melicinkan lagi perjalanan program:
i. Data tidak dikemaskini
Disebabkan oleh data-data yang ada di dalam sistem adalah data lama, maka ramai ahli SMUE tidak mengetahui berkenaan Program Jom Shopping dan terlepas untuk menerima baucer bernilai RM100.00. Oleh yang demikian, YAWAS juga telah fokus meningkatkan aktiviti promosi untuk mewarwarkan kepada umum dan dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat di seluruh Selangor supaya ahli atau waris memaklumkan pada PKM DUN atau YAWAS untuk mengemaskini maklumat terutamanya nombor telefon untuk dihubungi. Warwar akan dibuat melalui media sosial, surat khabar dan billboard mengikuti demografik ahli SMUE
ii. Peranan PKM dan Ketua komuniti tempatan
Pihak YAWAS perlu bantuan pihak PKM DUN dan Ketua Komuniti Tempatan untuk mewarwarkan maklumat berkenaan Jom Shopping SMUE dan pengemaskini data SMUE.