Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
51) JOM SHOPPING S.M.U.E
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kerajaan bercadang untuk meneruskan program jom shopping kepada semua ahli?
Setiap program yang baik, bermanfaat dan dapat membantu rakyat meringankan bebanan mereka akan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri. Demikian juga program JOM Shopping ini yang dilihat cukup baik dalam menjadi saluran penyampaian hasil negeri kepada rakyat. Ia juga dapat menjadi penghubung antara kerajaan dengan rakyat di samping mengeratkan lagi hubungan antara Ahli-ahli Dewan Negeri dengan rakyat di bawah pentadbiran mereka.
Walau bagaimanapun, keputusan sama ada untuk meneruskannya atau digantikan dengan program baru adalah bergantung kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Segala kesan positif dan negatif akan dilihat secara keseluruhan agar ia benar-benar memberi manafaat kepada rakyat sebelum sebarang keputusan itu akan dibuat.
-
Kenapakah kuota untuk jom shopping di beri sama rata mengikut dun sedangkan pendaftaran amat jauh berbeza antara satu-satu Dun (mengikut kepadatan jumlah penduduk).
Kerajaan Negeri tidak pernah mengenakan kuota untuk program JOM Shopping. Ia adalah berdasarkan siapa yang dahulu didaftarkan akan dipanggil terlebih dahulu dan seterusnya.
Namun apabila berlaku pembubaran Dewan Negeri Selangor pada bulan Mei 2013 yang lalu, tanggungjawab Pusat Khidmat Masyarakat telah dengan sendirinya termansuh. Ini bermakna, mereka tidak lagi boleh mewakili Kerajaan Negeri bagi melaksanakan program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor. Tanggungjawab ini telah dipindahkan kepada Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (anak syarikat MBI). Bagi memudahkan lagi pemantauan ketika PRU13 ini, had 300 peserta telah diberikan kepada setiap Ahli Dewan Negeri sebagaimana yang telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 4/2013 yang lalu.