Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

2) JOM SHOPPING RAYA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa peratuskah menerima Jom Shopping Raya yang mengundi di Selangor dalam tempoh 2013 Ð 2015?

    Program pemberian bantuan sempena perayaan merupakan program bantuan secara tahunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2012 melalui Jawatankuasa Tetap Kemiskinan khusus untuk golongan berpendapatan rendah di negeri Selangor. Objektif program ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah dalam membuat persiapan menyambut perayaan. Ini secara tidak langsung membantu melaksanakan agenda Kerajaan Negeri dalam meringankan beban rakyat susulan kenaikan kos taraf hidup.

    Sehingga Jun 2015, jumlah penerima bantuan Program Pemberian Bantuan Bersempena Perayaan adalah seramai 264,797 orang, iaitu 12.92% daripada jumlah pengundi berdaftar seramai 2,048,828 orang. Maklumat berhubung jumlah penerima bantuan bagi tahun 2012 hingga tahun 2015 adalah seperti di JADUAL 3.

  2. Adakah Kerajaan Negeri mengkaji keberkesanan Program Jom Shopping Raya kepada pengundi-pengundi setempat?

    Pelaksanaan program pemberian bantuan sempena perayaan ini dilihat berupaya memberi impak positif terhadap kesejahteraan rakyat dalam membantu keluarga berpendapatan rendah untuk membeli barangan keperluan sebagai persediaan menyambut perayaan. Ini secara tidak langsung menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap masalah yang terpaksa ditanggung rakyat dalam menampung keperluan keluarga dan kos sara hidup yang meningkat setiap kali ketibaan musim perayaan.

    Berdasarkan rekod, melalui pelaksanaan setiap program pemberian bantuan sempena perayaan yang lalu, didapati bahawa peratusan jumlah peserta program yang telah menerima manfaat adalah melebihi 90%. Ini menunjukkan bahawa maklum balas yang diterima daripada penerima bantuan adalah sangat menggalakkan.

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kemiskinan amat prihatin dan sentiasa komited dalam usaha membasmi kemiskinan hingga ke akar umbi dengan memberi manfaat kepada semua rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah tanpa mengira etnik dan latar belakang

    Sehingga kini, Kerajaan Negeri tidak pernah melaksanakan sebarang kajian keberkesanan program pemberian bantuan sempena perayaan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kemiskinan amat prihatin dan sentiasa komited dalam usaha membasmi kemiskinan hingga ke akar umbi dengan memberi manfaat kepada semua rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah tanpa mengira etnik dan latar belakang. Justeru itu, Jawatankuasa Tetap Kemiskinan mengambil maklum dan menyokong syor/ cadangan supaya satu kajian keberkesanan program dilaksanakan bagi tujuan menambahbaik pelaksanaan program dari semasa ke semasa serta memastikan bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri adalah tepat kepada golongan sasar yang benar-benar memerlukan. Oleh yang demikian, manfaat yang diperolehi melalui program-program bantuan ini membolehkan dan memastikan peluang ekonomi dinikmati secara saksama oleh rakyat Negeri Selangor tanpa mengira etnik dan latar belakang ke arah membentuk masyarakat yang lebih sejahtera, makmur dan berdaya maju.

Lampiran

Tiada Lampiran.