Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
175) JOM SHOPPING
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini program Jom Shopping?
Program pemberian bantuan sempena perayaan merupakan di antara program bantuan secara tahunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2012 melalui Jawatankuasa Tetap Kemiskinan khusus untuk golongan berpendapatan rendah di negeri Selangor. Objektif program ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah dalam membuat persiapan menyambut perayaan. Ini secara tidak langsung membantu melaksanakan agenda Kerajaan Negeri dalam meringankan beban rakyat susulan kenaikan kos taraf hidup. Program ini dilaksanakan menjelang perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali. Untuk pelaksanaan program, setiap Pejabat DUN akan mengenalpasti penerima- penerima bantuan yang layak mengikut jumlah yang telah ditetapkan bagi setiap DUN dan kriteria pemilihan penerima bantuan yang ditetapkan. Setelah itu, Pejabat DUN perlu mendaftarkan maklumat bagi penerima bantuan yang layak ke dalam sistem Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).
Bagi tahun 2015, Program Pemberian Bantuan Bersempena Perayaan Tahun Baru Cina 2015 telah dilaksanakan pada 1 Februari 2015 hingga 27 Februari 2015 yang lalu. Jawatankuasa Tetap Kemiskinan kini sedang dalam proses pemuktamadan Kertas MMKN untuk dibentang di dalam MMKN akan datang sebagai persediaan untuk Program Pemberian Bantuan Bersempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2015 dan Program Pemberian Bantuan Bersempena Perayaan Deepavali Tahun 2015.
-
Nyatakan jumlah penerima skim ini mengikut DUN pada tahun 2014?
Berdasarkan rekod, jumlah penerima bantuan Program Pemberian Bantuan Bersempena Perayaan di bawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan pada tahun 2014 adalah seramai 67,300 orang. Statistik jumlah penerima bantuan mengikut DUN pada tahun 2014 adalah seperti di JADUAL 6.
JADUAL 6
JUMLAH PENERIMA BANTUAN MENGIKUT DUN BAGI PROGRAM PEMBERIAN BANTUAN SECARA BAUCER BERSEMPENA PERAYAAN
DI BAWAH JAWATANKUASA TETAP KEMISKINAN TAHUN 2014
BIL.
DUN
JUMLAH PENERIMA BANTUAN (ORANG) TAHUN BARU CINA 2014 HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2014 DEEPAVALI TAHUN 2014
1. Sungai Air Tawar 400 500 300 2. Sabak 400 500 300 3. Sungai Panjang 400 500 300 4. Sekinchan 400 400 300 5. Hulu Bernam 400 500 300 6. Kuala Kubu Bharu 400 400 300 7. Batang Kali 400 500 300 8. Sungai Burong 400 500 300 9. Permatang 400 500 300 10. Bukit Melawati 400 400 300 11. Ijok 400 400 300 12. Jeram 400 500 300 13. Kuang 400 500 300 14. Rawang 400 400 300 15. Taman Templer 400 500 300 16. Batu Caves 400 500 300 17. Gombak Setia 400 600 300 18. Hulu Kelang 400 600 300 19. Bukit Antarabangsa 400 500 300 20. Lembah Jaya 400 500 300 21. Chempaka 400 500 300 22. Teratai 400 500 300 23. Dusun Tua 400 500 300 24. Semenyih 400 500 300 25. Kajang 400 500 300 26. Bangi 400 600 300 27. Balakong 400 500 300 28. Seri Kembangan 400 400 300 29. Seri Serdang 400 600 500 30. Kinrara 400 400 300 31. Subang Jaya 400 500 300 BIL.
DUN
JUMLAH PENERIMA BANTUAN (ORANG) TAHUN BARU CINA 2014 HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2014 DEEPAVALI TAHUN 2014
32. Seri Setia 400 500 500 33. Taman Medan 400 500 300 34. Bukit Gasing 400 400 300 35. Kampung Tunku 400 400 300 36. Damansara Utama 400 400 300 37. Bukit Lanjan 400 500 300 38. Paya Jaras 400 500 300 39. Kota Damansara 400 500 300 40. Kota Anggerik 400 600 300 41. Batu Tiga 400 600 300 42. Meru 400 500 300 43. Sementa 400 500 300 44. Sungai Pinang 400 500 300 45. Selat Klang 400 500 300 46. Pelabuhan Klang 400 500 300 47. Pandamaran 400 400 300 48. Kota Alam Shah 400 400 300 49. Seri Andalas 400 500 500 50. Sri Muda 400 500 500 51. Sijangkang 400 500 300 52. Telok Datuk 400 400 300 53. Morib 400 500 300 54. Tanjung Sepat 400 500 300 55. Dengkil 400 500 300 56. Sungai Pelek 400 500 300 JUMLAH KECIL (ORANG) 22,400 27,300 17,600 JUMLAH KESELURUHAN PENERIMA BANTUAN (ORANG) 67,300