Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
34) JOM SHOPPING
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah terdapat kaedah baru yang lebih mudah dan baik untuk program Jom Shopping Warga Emas yang boleh digunakan? Kerana ketika ini, pegawai di pejabat saya menghabiskan masa yang banyak untuk mengikut prosedur dan kertas kerja.
YAWAS telah merangka penambahbaikan bagi pelaksanaan program Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi tahun 2022 dan tahun seterusnya dimana pemberian baucar RM 100 akan diberikan sepanjang tahun dan tidak mengikut bulan kelahiran ahli seperti yang sedang dilaksanakan kini.
Ahli SMUE yang masih hidup boleh mengambil baucar Jom Shopping RM 100 setiap tahun di Pusat Khidmat DUN mereka dalam tempoh sepanjang tahun tanpa perlu menunggu bulan kelahiran mereka tiba.
Kertas cadangan ini telah diangkat untuk ke peringkat MMKN oleh UPEN dan kini UPEN sedang membuat kajian menyeluruh bagi menyediakan kertas ke MMKN.
YAWAS juga sedang mengkaji penambahbaikan operasi pelaksanaan program ini dengan memasukkan elemen pendigitalisasian atau pengautomasian bagi memudahkan kerja-kerja pegawai dari pelbagai peringkat disamping meminimakan kesilapan kemasukan data dan mempercepatkan pengemaskinian data tuntutan baucar di dalam sistem.
Namun, pelan rancangan ini masih memerlukan penelitian yang rapi memandangkan ia melibatkan keseluruhan besar SOP program ini.