Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

114) JOGGING TREK IMPRINT TAMAN PETALING INDAH

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakan MPK dapat naiktaraf jogging trek yang sediada di Lintang Agar-agar Taman Petaling Indah kepada jogging trek imprint?

    Padang Lintang Agar-agar, Taman Petaling Indah berkeluasan 1.67 ekar telah dilengkapi infrastruktur rekreasi seperti padang bola sepak, set intergrated alat permainan, set intergrated alatan senaman luar, 1 unit gelanggang dwi permainan, trek jogging, bangku taman, tong sampah dan pagar anti climb.

     

    Trek jogging sediada sepanjang 315mr dari jenis premix telah dibina di tapak masih berkeadaan baik dan boleh digunakan. Pihak Majlis buat masa ini memberi fokus untuk menyediakan kemudahan trek jogging di kawasan-kawasan yang memerlukan dan tiada kemudahan tersebut. Walaubagaimanapun perkara ini boleh dipertimbangkan berdasarkan kesesuaian dan peruntukan sediada.

Lampiran

Tiada Lampiran.