Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

24) JKR SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan JKR Selangor bagi membantu merealisasikan projek pelebaran jambatan di simpang lampu isyarat Batang Kali memandang kesesakan jalan terutamanya Kuala Kubu Bharu menghala ke Batang Kali semakin serius?

    Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Persekutuan FT 001 di bawah penyeliaan pihak JKR Malaysia. Pihak JKR Selangor telah melantik juruukur bagi kerja ukur tanah di tapak. Pihak Cawangan Jalan, JKR Malaysia sedang dalam proses rekabentuk terperinci dan jangkaan untuk tender adalah pada Mac 2017.

  2. Adakah JKR Selangor berhasrat melaksanakan kerja-kerja naiktaraf persimpangan di Jalan Kuala Kali - Rasa (B115) ke Jalan FT001 pada tahun 2017?

    Projek ini telah dimasukkan dalam RMKe-11 dan jangkaan pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf jalan adalah pada pertengahan tahun 2018.

  3. Adakah JKR Selangor sedar terowong Rasa yang diselenggarakan oleh JKR Selangor selalu banjir walaupun hujan tidak lebat? Jika ya, nyatakan tindakan yang diambil bagi memastikan sistem saliran air terowong tersebut berfungsi dengan baik.

    Pihak JKR Selangor Cawangan Mekanikal telah membuat pelantikan kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan bermula pada 18 September 2016 dan masih dalam proses mendapatkan peruntukan bagi penggantian sistem pam submersible di laluan terowong berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.