Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

74) JKR PETALING

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan perbelanjaan JKR Petaling mengikut kerja-kerja pembaikan dan lokasi pada tahun 2023.

    Perbelanjaan bagi pembaikan Jalan Negeri di bawah peruntukan MARRIS yang telah diagihkan kepada JKR Daerah Petaling adalah sebanyak RM 10,890,052.72. Pecahan perbelanjaan adalah seperti berikut:

    • Sebutharga –    RM 4,850,212.50
    • Sebutharga Elektrik –    RM    440,092.07
    • Penyelenggaraan Rutin –    RM 2,519,395.45
    • Kerja Berkala (AK) –    RM 1,475,210.20
    • Kerja Kecemasan             –    RM      71,349.47
    • Penyelenggaraan Elektrik   –    RM    619,639.90
    • Turapan Mega 2023 –    RM    914,153.13

    Perbelanjaan bagi pembaikan Jalan Persekutuan yang telah disalurkan oleh Kementerian Kerja Raya kepada JKR Daerah Petaling adalah sebanyak RM 12,880,000.00. Pecahan perbelanjaan adalah seperti berikut:

    • Program Berkala Pavemen –    RM 11,120,000.00
    • Program Berkala Bukan Pavemen –    RM   1,760,000.00
  2. Apakah usaha JKR Petaling untuk memastikan Lebuhraya Persekutuan diselenggara dengan baik? Berapakah peruntukan yang telah digunakan untuk penyelenggaraan Lebuhraya Persekutuan?

    Bagi tahun 2023, Kementerian Kerja Raya telah meluluskan peruntukan pembaikan jalan persekutuan di Lebuhraya Persekutuan, FT02 berjumlah RM 915,000.00 di bawah Program Berkala Bukan Pavemen.

    Manakala bagi tahun 2024, Kementerian Kerja Raya telah meluluskan peruntukan pembaikan jalan persekutuan di Lebuhraya Persekutuan, FT02 berjumlah RM 2,715,000.00 di bawah Program Berkala Bukan Pavemen. Kerja-kerja tersebut akan dilaksanakan dalam tempoh Februari – Julai 2024.

    Bagi tahun 2024 juga, pihak JKR Daerah Petaling melalui JKR Selangor bercadang menggantikan guardrail yang mudah rosak akibat dilanggar. Penggantian ini akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga keseluruhan median guardrail digantikan dengan Concrete Barrier. Peruntukan yang diluluskan pada tahun 2024 bagi kerja tersebut adalah berjumlah RM 1 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.