Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

291) JETI TANJUNG SEPAT

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Status terkini projek pembinaan jeti Tanjung Sepat dan benteng penahan ombak yang dilaksanakan oleh JPS.

    Projek ini sedang giat disiapkan dan tarikh siap selepas lanjutan masa adalah pada 15 Ogos 2017. Kemajuan fizikal semasa adalah 95.5% (Jadual) dan 94.4% (Sebenar).

  2. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan projek pembinaan jeti Tanjung Sepat dan benteng penahan ombak mengalami kelewatan berbanding jadual asal?

    Projek ini mendapat halangan dan bantahan daripada salah seorang pengusaha kedai makanan laut yang menjalankan operasi perniagaan di atas tanah kerajaan (rizab pantai) yang telah menfailkan saman ke atas kerajaan sedangkan tanah tersebut merupakan tanah kerajaan (rizab pantai).

    MAKLUMAT TAMBAHAN:

    Bagaimanapun, terdapat bantahan daripada dua (2) buah restoran  yang tidak mahuu berpindah dan sebuah tokong yang berada di dalam rizab pantai.  Binaan restoran tersebut yang dibina di atas tanah kerajaan perlu dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek ini.

     

    Bersama-sama ini disertakan kronologi isu penguatkuasaan binaan bangunan di atas tapak projek ini yang merupakan tanah kerajaan di bawah rezab pantai untuk rujukan pihak tuan susulan surat daripada pihak UPEN untuk pihak JPS mengangkat kertas pertimbangan Majlis Tindakan Eknomi Negeri (MTES) berhubung isu pelaksanaan projek ini melalui surat IPK/Sel.8000/AP/08/48 Jld11 (66) yang telah diterima pada 21 Mac 2017.

     

    LAMPIRAN 1

    KRONOLOGI ISU PENGUATKUASAAN BINAAN BANGUNAN DI ATAS TAPAK PROJEK (TANAH KERAJAAN)

    Bil Tarikh Perkara
    1 27 Mei 2016 Notis Peringatan Kedua pengosongan premis dalam tempoh 30 hari oleh Pejabat Daerah Kuala Langat.

    Notis pertama dikeluarkan pada 19 November 2015.

    2 9 September

    2015

    Tarikh Milik Tapak
    3 17 Januari 2016 Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Jeti Nelayan Tanjung Sepat oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor
    4 11 April 2016 Lawatan Tapak ke Jeti Tanjung Sepat diketuai oleh YB Dato‟ Teng Chang Kim dan turut dihadiri oleh ADUN Tanjung Sepat, Ahli Majlis, Pegawai Daerah dan Jurutera Daerah JPS Kuala Langat serta penduduk dan pengusaha restoran.

    (19)dlm.PTK.LGT:TK/PK/19 bertarikh 6 April 2016

    5 12 April 2016 JPS Daerah Kuala Langat telah menghantar Laporan Ringkas Susulan Lawatan YB Dato‟ Teng Chang Kim melalui emel bertarikh 12 April 2016.

    Keputusan perbincangan:

    1)    Tokong akan mendapat penempatan semula di kawasan berhampiran jeti dengan luas kawasan maksimum adalah 16‟ x 16‟ tertakluk kepada kesesuaian di tapak.

    2)    Peruntukan untuk kos pemindahan dan pembinaan semuala tokong akan disediakan oleh YB Dato‟ Teng Chang Kim berjumlah RM50,000.00

    3)    Gerai makan perlu berpindah sementara ke lokasi perniagaan yang baru sementara kerja-kerja pembinaan disiapkan.

    4)    Peniaga asal di situ akan diberi keutamaan berniaga di gerai MDKL dan akan diperuntukkan satu gerai setiap seorang (berdasarkan pelan asal MDKL ada 4 bilangan gerai baru akan dibina)

    5)    Kerja-kerja pembinaan dataran dan jeti disasarkan boleh dilaksanakan tanpa sebarang halangan mulai 1 Jun 2016.

     

     

    Bil Tarikh Perkara
    6 4 Mei 2016 MDKL telah menghantar surat kepada YAB Dato‟ Menteri Besar Selangor memberi maklum balas permohonan memanjangkan tempoh pengosongan tanah rizab dan penempatan semula tapak restoran. (MDKL/JPP/13/54/2015(8) bertarikh 4 Mei 2016.

     

    Turut disertakan cadangan susun atur pembangunan di tanah rizab pantai dengan cadang empat (4) unit gerai, 2 unit kiosk, 4 unit wakaf, tandas, parkir kenderaan, tapak tokong dan lain-lain kemudahan awam yang berkaitan.

    JETTY/Mkm.Batu/Tg.Sepat/M.D.K.Langat/2016 bertarikh 20.4.2016

     

    7 17 Mei 2016 Surat Makluman kepada MDKL menyatakan JPS tiada halangan ke atas cadangan penyusunan semula yang dicadangkan oleh MDKL. JPS juga memaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan tapak dataran yang melibatkan kerja-kerja perobohan gerai dan tokong sedia ada akan dilaksanakan mulai Jun 2016 sebagaimana yang telah dipersetujui semasa lawatan tapak bersama YB Dato‟ Teng Chang Khim pada 11

    April 2016.

    (27)dlm.JPS.K.Lgt.C/214Jld.2 bertarikh 17 Mei 2016.

     

    8 15 Jun 2016 Jemputan perbincangan oleh YB Tuan Ean Yong Hian Wah mengenai isu penguatkuasaan binaan restoran di atas tanah kerajaan.melalui surat pemberitahuan berkaitan pemindahan struktur binaan yang terdapat di atas simpanan jalan 40 kaki berhadapan Lot 4116 (Tanah Kerajaan), di kawasan jeti nelayan 2 Tanjung Sepat, Mukim Batu, Daerah Kuala Langat.

    (67)dlm.EYHW/mtg/01/16 bertarikh 9 Jun 2016

    YB Tuan Ean Yong Hian Wah mengarahkan

    1)    MDKL supaya bilangan gerai dipinda daripada 4 nos. kepada 2 nos. Pelan susunatur asal:

    JETTY/ Mkm.Batu/Tg.Sepat/M.D.K.Langat/2016 bertarikh 20.4.2016

    2)    Pengusaha restoran memohon lesen pendudukan sementara (TOL) kepada Pejabat Daerah Kuala Langat untuk tapak sementara untuk berniaga sehingga projek siap.

     

     

    9

     

    4 Julai 2016

     

    Susulan perbincangan dengan YB Tuan Ean Yong Hian Wah, pihak MDKL menghantar surat kepada

     

        pengusaha restoran untuk mengemukakan permohonan lesen pendudukan sementara (TOL) kepada Pentadbir Tanah Kuala Langat sebagai tapak perniagaan sementara sekiranya mereka bercadang untuk meneruskan perniagaannya.

    MDKL/JPP/13/54/2015(18) bertarikh 4 Julai 2016

     

    10 26 September 2016 Notis Peringatan Ketiga pemberitahuan berkaitan pemindahan struktur bangunan dan pengosongan premis dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat. Pemakluman akan tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara akan dilaksanakan sekiranya notis peringatan gagal dipatuhi.

     

    Pengusaha restoran juga dipelawa untuk memohon lesen pendudukan sementara (LPS) dan membuat permohonan utuk tapak baru dengan MDKL

    -(17)dlm.PTK.Lgt.A2/3/1010/35-P- Ocean Seafood  bertarikh 26 September 2016

    -(18)dlm.PTK.Lgt.A2/3/1010/35-P -Lover Bridge bertarikh 26 September 2016

     

    11 29 September 2016 MDKL mengeluarkan surat kepada pengusaha restoran menyatakan bahawa MDKL telah bersetuju untuk membina 2 buah gerai bersaiz 30 kaki x 60 kaki setiap satu dengan kos yang akan dibiayai oleh Pihak Kerajaan Negeri. MDKL juga memaklumkan bahawa bersetuju memberi keutamaan untuk pengisian dua (2) gerai tersebut kepada peniaga sedia ada (En. Lau Swee Lian dan En. Lee Kim Soon) tertakluk kepada kelulusan syarat-syarat permohonan premis perniagaan MDKL serta pematuhan notis dari Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat bertarikh 26 September 2016.

    MDKL/JPP/13/54/2015(22) bertarikh 29 September

    2016

     

     

     

    12

     

    11 November 2016

     

    JPS Daerah Kuala Langat menghantar surat kepada

    Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat merujuk surat

    (17)dlm.PTK.Lgt.A2/3/1010/35-P dan surat (18)dlm.PTK.Lgt.A2/3/1010/35-P bertarikh 26 September 2016.

     

    Pihak JPS memohon tindakan penguatkuasaan dibuat segera kerana tempoh 30 hari iaitu pada 26 Oktober 2016 telah tamat.dan kelewatan projek telah berlaku disebabkan halangan tersebut.

    13 24 November 2016 JPS Daerah Kuala Langat telah mengadakan mesyuarat untuk menetapkan tarikh perobohan struktur bangunan dalam tapak projek (14)dlm.JPS.K.Lgt.C/214Jld.3

    bertarikh 24 November 2016

     

    Mesyuarat dimaklumkan bahawa Pengusaha Restoran Ocean Seafood telah membuat semakan kehakiman dan affidavit telah difailkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 12 Oktober 2016 dan memohon untuk kebenaran ex parte.

     

    Mahkamah telah membenarkan penangguhan pelaksanaan (stay of execution) bagi tindakan perobohan restoran tersebut sehingga pelupusan kes setelah pendengaran kes di hadapan YA Dato Haji Mohd Yazid bin Haji Mustafa bagi permohonan kebenaran inter-partes semakan kehakiman di buat pada 23 November 2016.

     

    Pihak JPS bersetuju untuk menghentikan segala aktiviti pembinaan dataran berhampiran kawasan restoran tersebut dan menunggu sehingga keputusan mahkamah di buat.

     

     

     

     

    Bil Tarikh Perkara
    14 24 Januari 2017 Lanjutan Masa Pertama

    Tempoh: 63 Hari

    Klausa:  43.1 (i)

    Faktor fenomena air pasang besar beserta angin kencang yang tidak dapat diramal dan luar kawalan kontraktor semasa memasuki tender.  Tarikh Siap EOT 1: 28 Mac 2017

    15 23 Mac 2017 Pengurusan Kes (CM) di hadapan Puan Nur Zatil

    Hidayah     binti      Ali,     diuruskan     oleh       Pejabat

    Daerah/Tanah Kuala Langat

    16 28 Mac 2017 Lanjutan Masa Kedua

    Tempoh: 64 Hari

    Klausa:  43.1 (d)

    Bantahan penduduk tempatan (Kes saman)

    Tarikh Siap EOT 2: 31 Mei 2017

     

    17 21 April 2017 Perbicaraan kes dihadapan YA Dato‟Haji Mohd Yazid bin Haji Mustafa. Keputusan mahkamah tinggi menolak permohonan semakan kehakiman pengusaha restoran Lee Lee Sin dan Lee Kim Soon, yang mengemukakan semakan kehakiman terhadap keputusan Kerajaan untuk merobohkan restoran atas kesalahan di bawah Seksyen 425 KTN. Plaintif turut memohon perintah certiorari dan injunction dalam permohonan semakan kehakiman.

     

    Mahkamah berkeputusan menolak semua permohonan plaintif dengan kos RM5,000.00 dibayar kepada Pentadbir Tanah Kuala Langat dan Kerajaan Negeri Selangor.

    18 26 April 2017 Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah, Pegawai Daerah Kuala Langat meminta Jurutera Daerah JPS Kuala Langat untuk menunggu sehingga keputusan mahkamah secara rasmi dikemukakan.
    19 23 Mei 2017 Mesyuarat Penyelarasan Perobohan Restoran di Tapak Pembinaan Jeti Tanjung Sepat, Mukim Batu dipanggil oleh Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat.

     

    Notis Terakhir untuk perobohan dikeluarkan.

     

    Bil Tarikh Perkara
    20 26 Mei 2017 Surat oleh Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat untuk permohonan bantuan anggota bagi Kerja-kerja Perobohan di Jeti Tanjung Sepat yang ditetapkan pada 26 Mei 2017. Operasi perobohan dibatalkan pada saat akhir (25 Mei 2017) atas nasihat keselamatan oleh Polis Daerah Kuala Langat.
    21 30 Mei 2017 Perbincangan tertutup di antara Ketua Penolong

    Pegawai Daerah Pengurusan Tanah, Pejabat Daerah

    Tanah Kuala Langat; Pn Norazian Binti Kamaruddin, Ketua Polis Daerah Kuala Langat; superintenden Azizan bin Tukiman dan Jurutera Daerah JPS Kuala Langat, Ir. Atikah Shafie telah diadakan dan dimaklumkan bahawa kerja-kerja perobohan akan dilaksanakan selepas cuti Hari Raya Aidil Fitri (25-26

    Jun 2017 – Cuti Umum Hari Raya)  dan pihak Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat masih menunggu keputusan mahkamah yang dimeterai.

    22 31 Mei 2017 Lanjutan Masa Ketiga

    Tempoh: 76 Hari

    Klausa:  43.1 (d)

    Bantahan penduduk tempatan (Kes saman)

    Tarikh Siap EOT 3: 15 Ogos 2017

     

    23 15 Jun 2017 Tindakan penguatkuasaan secara bersepadu oleh Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat di bantu oleh Majlid Daerah Kuala Langat dan Pasukan Khas Polis Daerah Kuala Langat. Dua buah restoran telah dirobohkan.
    24 19 Jun 2017 Jemputan Perbincangan Tindakan seterusnya selepas Tindakan Penguatkuasaan Ke Atas Bangunan Tanpa Kebenaran oleh YB Tuan Ean Yong Hian Wah.
    25 12 Julai 2017 Salinan surat daripada Majlis Daerah Kuala Langat ke UPEN memohon peruntukan cadangan membina dan menyiapkan gerai makan dan tapak rekreasi di kawasan jeti Tanjung Sepat, Kuala Langat daripada dua (2) gerai kepada enam (6) gerai.

    MDKL/JPP/13/54/2015 Jld2 (4) bertarikh 4 Julai 2017.

Lampiran

Tiada Lampiran.