Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
102) JETI PENUMPANG PULAU KETAM
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan dapat mempertimbangkan supaya jeti penumpang Pulau Ketam dapat dinaiktaraf dan di tambah luas memandangkan pelancong yang semakin ramai?
Untuk makluman, terdapat jeti (‘walkway’ dan pontun) yang dibina dan diselenggara melalui inisiatif tanggungjawab secara korporat (CSR) di Terminal Jeti (Southpoint) oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). Jeti ini akan diselenggara secara berkala berdasarkan peruntukan tahunan LPK. Jeti penumpang ke Pulau Ketam juga termasuk di dalam komponen Cadangan Projek Sunway Pier di Pelabuhan Klang. Projek ini masih di peringkat ulasan awal dan kajian kebolehlaksanaan.