Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
279) JETI NELAYAN KECIL PESISIR PANTAI DI SABAK BERNAM
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah Jumlah jeti-jeti ini di Sabak Bernam? Nyatakan lokasinya setiap satu.
Jumlah jeti di Sabak Bernam berdasarkan inventori yang dijalankan pada tahun 2016 adalah 313 jeti. Bilangan jeti berdasarkan kawasan adalah seperti Jadual di bawah.
Bil Kawasan Bil Jeti
2016
1. Bagan Sungai Besar 110 jeti
2. Bagan Sekinchan 89 jeti
3. Bagan Nakhoda Omar 49 jeti
4. Bagan Sg. Lang 13 jeti
5. Parit Baru Baruh 15 jeti
6. Bagan Sg. Burung 13 jeti
7. Bagan Sg. Pulai 11 jeti
8. Pengkalan Nelayan Sg Nibong 6 jeti
9. Pengkalan Nelayan Sg Hj Dorani 5 jeti
10. Pengkalan Nelayan Pasir Panjang 1 jeti
11. Pengkalan Nelayan Sg Nipah 1 jeti
JUMLAH
313 Jeti
-
Bilakah kali terakhir jeti-jeti ini dibaik pulih? Nyatakan Tarikh setiap satunya.
Kerja-kerja baik pulih jeti-jeti ini adalah di bawah tanggungjawab pemilik/pengusaha yang mana kerja-kerja tersebut adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan berkaitan yang berkuat kuasa di bawah Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan LUAS berdasarkan Enakmen LUAS 1999.