Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
128) JETI NELAYAN DAN PROGRAM BANTUAN NELAYAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah jeti nelayan yang berdaftar dan tidak berdaftar di Daerah Kuala Selangor? Sila nyatakan mengikut pecahan DUN.
Berdasarkan inventori yang dijalankan oleh Lembaga pada tahun 2016, berikut merupakan bilangan jeti nelayan di Daerah Kuala Selangor mengikut pecahan DUN;
-
Apakah bentuk bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri dan agensi Kerajaan Persekutuan untuk para nelayan ?
PEJABAT PERIKANAN NEGERI SELANGOR
Antara bentuk bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan kepada para nelayan pada tahun 2018 adalah seperti berikut:
BANTUAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2018 BIL
JENIS BANTUAN
KUANTITI
1. Jaring Udang Tiga Lapis – 1 ½ Inci 1,200 Unit 2. Jaring Ikan Senangin – 2 ¾ Inci 630 Unit 3. Jaring Ikan Senangin – 4 Inci 1,520 Unit 4. Jaring Ikan Bawal 76 Unit JUMLAH 3,426 Unit BANTUAN KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN 2018 BIL
JENIS BANTUAN
KUANTITI
1. Tong Insulasi 100 Liter – untuk nelayan zon A 395 Unit 2. Tong Insulasi 35 Liter – untuk nelayan darat yang aktif sahaja 93 Unit Selain peruntukan dari segi peralatan kepada para nelayan, golongan nelayan darat juga menerima bantuan sara hidup khas untuk nelayan darat yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia dan aktif sahaja yang akan diberikan oleh pihak kerajaan persekutuan iaitu RM200.00/setiap bulan.