Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
39) JETI NELAYAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jeti nelayan yang berdaftar dan tidak berdaftar di bawah DUN Bukit Melawati dengan kapasiti penggunaan nelayan mengikut jeti masing-masing.
Berdasarkan inventori yang dijalankan oleh Lembaga pada tahun 2016, berikut merupakan bilangan jeti nelayan di bawah DUN Bukit Melawati
Walau bagaimanapun, semua jeti nelayan yang dibanci masih belum berdaftar dengan Lembaga. Oleh yang demikian, tiada maklumat berkenaan kapasiti nelayan bagi setiap jeti yang dinyatakan di atas.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaiktaraf semua jeti nelayan tersebut demi keselamatan para nelayan serta potensi pelancongan di Daerah Kuala Selangor?
Tiada peruntukan bagi cadangan menaiktaraf semua jeti nelayan. Lembaga merupakan agensi ‘regulatory’ yang mengeluarkan lesen jeti bagi mengawal pencemaran kepada sumber air.