Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

205) JETI LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (LKIM) KUALA SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Selangor di Pasir Penambang, DUN Permatang?

    Pada masa sekarang, Kompleks LKIM Kuala Selangor di Pasir Penambang menempatkan Pejabat LKIM Daerah Selangor Utara dan Pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Selangor bagi memudahkan urusan-urusan berkaitan nelayan dijalankan. Selain itu aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di Kompleks LKIM Kuala Selangor adalah seperti :

    1. Pusat Pengisytiharan Pendaratan Ikan LKIM
    2. Projek Jualan Runcit Minyak Diesel PNK Kuala Selangor
    3. Projek Medan Ikan Bakar dan Agrotourism
    4. Pusat Pemeriksaan Vesel Perikanan
    5. Pusat Pemprosesan IKS
    6. Ulangbekal bot APMM

    Dari segi pendaratan ikan, pelbagai usaha telah dijalankan oleh LKIM termasuk mengadakan pertemuan bersama nelayan setempat namun nelayan masih tidak berminat untuk mendaratkan ikan di Kompleks   LKIM   Kuala Selangor, Pasir Penambang di atas beberapa faktor seperti kewujudan jeti-jeti persendirian di sepanjang sungai dan laluan ke kompleks tersebut serta keadaan muara sungai yang agak cetek untuk laluan vesel tangkapan ikan.

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk membangunkan kawasan tersebut?

    LKIM dalam perancangan untuk menjadikan Kompleks LKIM Kuala Selangor   sebagai   Pusat Pertumbuhan   Ekonomi   Nelayan   dengan   penglibatan   aktiviti agroturism dan pendaratan ikan.

    Aktiviti Agrotourism yang dicadangkan adalah melalui kerjasama dengan syarikat yang membawa bot pelancong ke tempat-tempat menarik di Kuala Selangor dengan menjadikan Kompleks LKIM Kuala Selangor sebagai jeti penumpang. Perancangan ini bagaimanapun tidak akan mengganggu aktiviti-aktiviti lain di Kompleks LKIM Kuala Selangor. Dengan adanya aktiviti agrotourisme ini, dijangkakan Kompleks LKIM Kuala Selangor akan menjadi tumpuan orang ramai  dan akan menggalakkan nelayan-nelayan sekitar akan mendaratkan ikan di Kompleks tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.