Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

180) JETI-JETI PINGGIRAN PANTAI

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status dan perkembangan tindakan Kerajaan Negeri mengenakan cukai bayaran untuk jeti-jeti nelayan di pinggiran pantai?

    Cadangan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan caj RM600 setahun terhadap jeti nelayan oleh LUAS adalah di dalam peringkat semakan semula dengan mengambilkira pandangan para nelayan dan pihak-pihak yang berkepentingan semasa inventori dijalankan.

  2. Apakah rasional Kerajaan mengenakan tuntutan ini kerajaan menambahkan kos para nelayan?

    Caj jeti pendaratan ikan dilaksanakan adalah bertujuan untuk ;

    1. Memudahkan proses urus tadbir jeti, di samping memberi kemudahan kepada nelayan melalui penyampaian bantuan oleh agensi berkaitan setelah jeti yang memenuhi kriteria didaftarkan dan diputihkan;
    2. Menyokong Kerajaan Negeri di dalam menjalankan program-program berkaitan perancangan dan pembangunan serta pemeliharaan sumber air terutamanya berkaitan aktiviti jeti yang sememangnya memerlukan kos dan perbelanjaan yang tinggi;
    3. Menyokong Kerajaan Negeri di dalam menjalankan kerja-kerja berkaitan infrastruktur yang melibatkan sumber air seperti pembaikan tebing, mendalamkan sungai, projek tebatan banjir dan pembangunan sumber air tambahan;
    4. Membantu dalam pelaksanaan aktiviti pengawalan dan pemantauan menggunakan kaedah kawalan dan kawalseliaan bagi memastikan persekitaran sumber air tidak mengalami kesan yang teruk akibat daripada aktiviti jeti ini; dan
    5. Mewujudkan sikap/nilai tanggungjawab kepada pemegang lesen sekali gus mendukung aspek pengawalan dan pemantauan terhadap sumber air yang digunakan. Konsep “Payment For Ecosystem” ini telah digunapakai di seluruh dunia.

Lampiran

Tiada Lampiran.