Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
34) JENIS BANTUAN KEBAJIKAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jenis bantuan kebajikan sedia ada. Perincikan golongan penerima.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan 11 jenis bantuan kewangan seperti berikut:
- Bantuan Kanak-kanak (BKK)
- Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- Bantuan Orang Tua (BOT)
- Elaun Pekerja Cacat (EPC)
- Bantuan Latihan Perantis (BLP)
- Bantuan Am (BA)
- Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
- Bantuan Alat Tiruan/Sokongan (BAT)
- Bantuan Geran
- Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas (TSBB)
Prinsip pemberian bantuan JKM adalah berdasarkan kepada kelayakan dan bukan merupakan hak tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan jantina.
Perincian golongan penerima adalah seperti berikut:
JENIS BANTUAN KADAR (RM) KRITERIA 1. Bantuan Kanak-kanak (BKK) 100 – 450.00
Diberikan kepada keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak- kanak berikut; 1. berumur 18 tahun ke bawah,
2. anak-anak yatim/yatim piatu;
3. kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa/penjaga yang tidak berkemampuan atau putus mata pencarian kerana uzur, tidak upaya, berpenyakit atau tanggungan banduan atau pusat tahanan.
2. Bantuan Anak Pelihara (BAP) 500.00 Diberikan kepada penjaga yang menjaga kanak-kanak seperti berikut: i. kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah
ii. kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
iii. kanak-kanak yang tinggal bersama dengan keluarga ganti;
iv. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952;
v. kanak-kanak yang diambil dari Program Anak Pelihara”yang
dikendalikan oleh JKM;
vi. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah bagi kanak- kanak mengikut Akta Kanak- kanak 2001.
3. Bantuan Orang Tua (BOT)
300.00 Diberikan kepada warga tua seperti berikut: i. tiada mata pencarian tertentu untuk menyara hidup;
ii. umur 60 tahun dan ke atas;
iii. Jika mempunyai keluarga tetapi keluarga tidak berkemampuan untuk menyara hidup.
JENIS BANTUAN KADAR (RM) KRITERIA 4. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
300.00 Diberikan kepada OKU seperti berikut: i. OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat;
ii. Bekerja sendiri atau dengan majikan;
iii. Berpendapatan di bawah RM1,200.00 sebulan; dan
iv. tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan/minum dan pakaian percuma.
5. Bantuan Latihan Perantis (BLP)
250.00 Diberikan kepada: i. anak-anak penerima bantuan bulanan Jabatan;
bekas pelatih dari Institusi Kebajikan dan kes-kes seliaan akhlak.
6. Bantuan Am (BA)
100.00 /
150.00 / 175.00
Diberikan kepada golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan
persekutuan lain.
1. Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
300.00
Diberikan kepada ;
i. penjaga sepenuh masa yang merupakan ahli keluarga OKU
terlantar/pesakit kronik terlantar;
ii. OKU terlantar/pesakit kronik terlantar yang bergantung sepenuhnya kepada penjaga untuk kehidupan harian;dan
iii. pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan.
8. Bantuan Orang Kurang Upaya(OKU) Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
150.00
Diberikan kepada:
i. OKU yang berdaftar dengan JKM;
ii. OKU yang tidak berupaya bekerja disebabkan faktor-faktor yang munasabah tetapi bukan kerana sikap tidak mahu bekerja;
iii. berumur antara 18-59 tahun;
iv. bukan penerima skim bantuan bulanan JKM sedia ada;
v. bukan peserta program Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan
JENIS BANTUAN KADAR (RM) KRITERIA Pusat penjagaan / pemulihan kelolaan kerajaan dan NGO. 9. Bantuan Alat Tiruan/Sokong an (BAT)
Berdasar- kan Harga Alat Tiruan/ Sokongan
Diberikan kepada OKU yang tidak berkemampuan untuk membeli alat tiruan/sokongan yang disyorkan oleh pegawai perubatan atau pakar perubatan.
10. Bantuan Geran Pelancaran (BGP)
2,700
(max)
Diberikan kepada klien jabatan yang mempunyai minat dan berpotensi untuk maju dengan menceburi bidang ekonomi.
11. Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas(TSBB)
20,000
(max)
Diberikan kepada mangsa atau waris mangsa serangan binatang buas yang telah dikategorikan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
-
Adakah bantuan kebajikan ini benar-benar boleh menyelesaikan masalah penerima? Apakah penambahbaikan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri?
Tujuan Bantuan Kebajikan diberikan adalah seperti berikut:
memberi bantuan sementara untuk memenuhi keperluan asas kehidupan bagi meringankan beban atau permasalahan yang dihadapi;
menggalakkan golongan yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk berdikari dan mengurangkan kebergantungan pada bantuan;
meningkatkan kelangsungan hidup dan kesejahteraan golongan kurang berkemampuan dan berkeperluan.
Penambahbaikan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri adalah meningkatkan kadar Bantuan Am kepada RM300.00 sebulan mulai Januari 2015.
-
Bagaimanakah golongan marhaen boleh mendapat bantuan yang pantas daripada kerajaan?
Usaha-usaha yang dilaksanakan oleh JKM supaya golongan marhaen boleh mendapat bantuan yang pantas daripada kerajaan adalah seperti berikut:
Business Process Reingineering (Proses perekayasaan) (BPR) diperkenalkan bagi mempercepatkan proses permohonan bantuan. Siasatan dan temu ramah akan dijalankan terus di kaunter.
Tabung Bantuan Segera (TBS) diberikan kepada klien yang memerlukan bantuan kewangan segera menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan.