Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

98) JENAYAH ROMPAK DAN BAKAR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat kejadian rompakan dan bakar rumah di Semenyih dan Kajang dipercayai untuk melupuskan bukti. Apakah pandangan kerajaan negeri terhadap kejadian tersebut?

    Secara keseluruhannya langkah-langkah Program Bandar Selamat boleh dilaksanakan di kawasan kejadian tersebut bagi mengurangkan risiko kejadian yang sama berlaku di tempat yang lain.

  2. Apakah kejadian ini menjejaskan program "Bandar Selamat"?

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Apakah inisiatif yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri melalui PBT?

    Kerjasama diwujudkan antara pihak Ibu Pejabat Polis Daerah dengan Majlis Tempatan seperti mengadakan dialog bersama penduduk, publisiti, seminar dan melaksanakan langkah-langkah Program Bandar Selamat untuk meningkatkan kualiti keselamatan tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.