Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
22) JENAYAH PENDATANG ASING
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pekerja-pekerja dari pendatang asing semakin ramai di Selangor dan ada di kalangan mereka melakukan kegiatan jenayah. Berapakah jumlah pendatang asing yang didaftarkan untuk menjadi pekerja di sektorsektor awam dan swasta?
JAWAPAN DARIPADA JABATAN IMIGRESEN
Untuk makluman Y.B tiada pekerja asing yang didaftar untuk menjadi pekerja disektor
awam di Negeri Selangor, manakala bagi sektor swasta pula adalah sebanyak 82,217
orang.
Maklumat Tambahan
Pecahan mengikut bidang perkhidmatan yang berkaitan adalah seperti berikut :
1) Pembantu Rumah 24445
2) Pembinaan 9345
3) Perkilangan 30147
4) Perladangan 3698
5) Perkhidmatan 14582
JUMLAH 82217 -
Berapakah pula jumlah pendatang asing yang bekerja di Selangor yang telah didapati bersalah melakukan kes-kes jenayah?
PENGLIBATAN / TANGKAPAN & KES SELESAI
PENDATANG ASING DALAM KES JENAYAH
BULAN JAN-OGOS 2008 KONTINJEN SELANGOR
BIL JENIS KESALAHAN
JEN. KEKERASAN JK TKP KS JK TKP KS JK TKP KS JK TKP KS JK TKP KS JK TKP KS
1 BUNUH 2110 0000 0000 00000 0
2 ROGOL 4220 0031 1000 21100 0
3 CABUL 0000 0042 2000 00000 0
4 SMN B’KWN B’S/API0000 0000 0000 00000 0
5 SAMUN B’KWN T/API 26 11 9 0 0000 0000 00000 0
6 SAMUN B’SENJATAPI 0000 0000 0000 00000 0
7 SAMUN TANPA S’API 41 12 11 5 1100 0000 00000 0
8 PEMERASAN 33 15 13 0 0000 0 13 8 13 00000 0
9 UGUTAN JENAYAH 39 14 23 0 0062 2 11 9 11 00000 0
10 MERUSUH 0000 0000 0000 00000 0
11 CEDERA (SEK 324-6) 25 20 12 11 5321 1766 41100 0
JUMLAH 170 75 71 16 6 4 15 6 6 31 23 30 62200 0
JEN. HARTA BENDA
1 CURI 102 47 55 11 3 3 11 5 5 38 13 12 0 0 0 0 0 0
2 CURI M/VAN/LORI 0000 0000 0000 0000 0 0
3 CURI MOTOKAR 0000 0000 0000 0000 0 0
4 CURI MOTOSIKAL 0000 0000 0000 0000 0 0
5 CURI RAGUT 20 13 18 0 0000 0000 0000 0 0
6 PR & CURI SIANG 4540 0000 0000 0000 0 0
7 PR & CURI MALAM 9790 0000 0000 0000 0 0
JUMLAH 135 72 86 11 3 3 11 5 5 38 13 12 00000 0
JUMLAH INDEKS 305 147 157 27 9 7 26 11 11 69 36 42 62200 0
INDON VIETNAM B’LADESH MYANMAR PAKISTAN THAILAND
Nota: JK – Jumlah Kes
Tkp – Tangkap
KS – Kes Selesai
PENGLIBATAN/ TANGKAPAN & KES SELESAI
PENDATANG ASING YG MASUK SECARA HARAM DALAM KES JENAYAH
BULAN OGOS 2008 KONTINJEN SELANGORBIL JENIS KESALAHAN
JEN. KEKERASAN JK TKP KS JK TKP KS JK TKP KS JK TKP KS JK TKP KS JK TKP KS
1 BUNUH
2 ROGOL
3 CABUL
4 SMN B’KWN B’S/API
5 SAMUN B’KWN T/API
6 SAMUN B’SENJATAPI
7 SAMUN TANPA S’API 31 2 1
8 PEMERASAN
9 UGUTAN JENAYAH
10 MERUSUH
11 CEDERA (SEK 324-6)
JUMLAH 31 2100 00000 0000 0000
JEN. HARTA BENDA
1 CURI
2 CURI M/VAN/LORI
3 CURI MOTOKAR
4 CURI MOTOSIKAL 3 3 3
5 CURI RAGUT 1 2 1
6 PR & CURI SIANG
7 PR & CURI MALAM
JUMLAH 4 5400 00000 0000 0000
JUMLAH INDEKS 35 7500 00000 0000 0000
INDON VIETNAM B’LADESH MYANMAR PAKISTAN THAILAND
Nota: JK – Jumlah Kes, TKP – Tangkap, KS – Kes Selesai
PENGLIBATAN/ TANGKAPAN & KES SELESAI
PENDATANG ASING YG MASUK SECARA SAH DALAM KES JENAYAH
BULAN OGOS 2008 KONTINJEN SELANGOR
B’BIL JENIS KESALAHAN
JEN. KEKERASAN JK TKP KS JK TKP KS JK TKP KS JK TKP KS JK TKP KS JK TKP KS
1 BUNUH
2 ROGOL
3 CABUL
4 SMN B’KWN B’S/API
5 SAMUN B’KWN T/API
6 SAMUN B’SENJATAPI
7 SAMUN TANPA S’API
8 PEMERASAN 2 1 1
9 UGUTAN JENAYAH 3 1 1
10 MERUSUH
11 CEDERA (SEK 324-6) 3 1 1 2 1 1
JUMLAH 833000000211 000000
JEN. HARTA BENDA
1 CURI 10 8 4 2 1 1 4 1 1
2 CURI M/VAN/LORI
3 CURI MOTOKAR
4 CURI MOTOSIKAL
5 CURI RAGUT 2 2 2
6 PR & CURI SIANG
7 PR & CURI MALAM
JUMLAH 12 10 6211000411 000000
JUMLAH INDEKS 20 13 9211000622 000000
INDON VIETNAM LADESH MYANMAR PAKISTAN THAILAND
Nota: JK – Jumlah Kes, TKP – Tangkap, KS – Kes Selesai -
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh PBT & PTD dalam membendung masalah jenayah ini?
Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh majlis-majlis perbandaran di negeri Selangor
untuk mengurangkan kadar jenayah dalam kawasan kejiranan adalah dengan
melaksanakan Program Agenda 21 Selangor, LA 21 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),
MURNInet dan Program Bandar Selamat. Program-program ini dilaksanakan oleh Unit
Pembangunan Mampan Selangor di bawah Jabatan Perancang Bandar dan Desa.
Terdapat langkah-langkah keselamatan di bawah Pelan Tindakan Bandar Selamat iaitu:
i) Program Rondaan Cegah Ragut;
i) Garis panduan 23 Langkah Bandar Selamat
iii) Program Keselamatan Bersama Penduduk, Agensi Kerajaan dan Swasta.
Skop pelaksanaan program Bandar Selamat pada peringkat awal ini tertumpu kepada
tindakan pencegahan jenayah. Di dalam progam ini, terdapat 22 langkah pencegahan
jenayah telah dilaksanakan iaitu:
1. Pengasingan laluan pejalan kaki dari jalan bermotor
2. Penyediaan Bollard.
3. Mengawal tanaman landskap di laluan pejalan kaki.
4. Peyelidikan pencegahan jenayah.
5. Perkongsian maklumat jenayah melalui GIS-Based mapping.
6. Penyemakan garis panduan susun atur perumahan.
7. Mendirikan pondok polis.
8. Menyediakan papan tanda peringatan jenayah.
9. Menyediakan cermin keselamatan.
c) MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
Pihak Majlis telah menjalankan operasi bersepadu bersama dengan jabatan-jabatan
yang terlibat seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan lain-lain
pada 22 Mac 2007 dan 28 Mei 2007. Operasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa
untuk mengatasi masalah tersebut.
c) MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
Pada tahun 2008, pihak Majlis telah menjalankan operasi bersepadu bersama pihak
Polis, Jabatan Imigresen dan Rela di kawasan Taman Cahaya, Taman Pandan Mewah,
Kampung Pandan dan Taman Dato’ Ahmad Razali. Pemeriksaan dijalankan ke atas
rumah flat dan kondominium yang disewa oleh warga Afrika, Indonesia, Vietnam dan
Kemboja. Seramai lebih kurang 300 orang telah diperiksa dan 80 orang daripadanya
telah ditahan atas kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah. Tindakan diambil
berdasarkan kepada aduan daripada orang awam yang mendakwa sering diganggu oleh
pendatang asing tersebut.
Tindakan juga diambil ke atas premis barang lusuh. Pada tahun 2008, sebanyak 43
premis telah diambil tindakan iaitu 34 premis telah disita di bawah Undang-undang Kecil
Perlesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (MPAJ) 2007 manakala 9 tawaran
kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Operasi dijalankan dari masa ke
semasa bersama pihak Polis, Jabatan Imigresen, TNB, Syabas, RAPID dan Alam Flora
bagi menjalankan pemeriksaan ke atas pemilik premis yang menggunakan khidmat
pekerja asing serta mencuri barang-barang/peralatan daripada syarikat utiliti.