Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

204) JENAYAH GURU TERHADAP MURID, CABUL KEHORMATAN/ROGOl DLL

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak kah kes-kes yang melibatkan salah laku guru/jenayah di negeri Selangor?

    Kes-kes yang melibatkan salah laku guru~enayah di Negeri Selangor.

  2. Apakah langkah yang diambil bagi memastikan jenayah ini tidak akan berlaku di sekolah seterusnya mengurangkan kebimbangan penjaga terhadap keselamatan anak-anak di dalam kawasan sekolah?

    Langkah yang diambil bagi memastikan jenayah ini tidak akan berlaku lagi di sekolah seterusnya mengurangkan kebimbangan penjaga terhadap keselamatan anak-anak di dalam kawasan sekolah adalah seperti berikut :

    i. Mengadakan kaunseling, ceramah di sekolah-sekolah yang dikenal pasti bermasalah.
    ii. Mengadakan kempen di sekolah
    iii. Mewujudkan Pegawai Seranta Sekolah yang terdiri daripada pegawai-pegawai polis di mana Pegawai Polis di setiap daerah di lantik sebagai bapa angkat kepada setiap sekolah. la bertujuan untuk memantau disiplin dan salah laku pelajar dengan cara mengadakan kaunseling dan lawatan-Iawatan ke lokap, gambar-gambar kemalangan jalan raya kepada pelajar yang terlibat di dalam kegiatan Mat Rempit.
    iv. Mengujudkan dan menghidupkan kembali aktiviti Rukun Tetangga di kawasan perumahan kerana ia dapat mengurangkan kejadian ragut, pecah rumah pada waktu malam, rempit, berpelesiran di waktu malam, perjumpaan tidak sihat remaja di taman-taman permainan.

Lampiran

Tiada Lampiran.