Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

148) JENAYAH DAN KESELAMATAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah statistik jenayah di dalam kawasan DUN Teratai?

    DUN Teratai yang terletak dibawah pentadbiran IPD Ampang Jaya melibatkan kawasan-kawasan seperti  Taman Maju Jaya, Taman Muda, Taman Bukit Teratai, Taman Lembah Maju, Taman Kencana, Kg Cheras Baru, Taman Mastika, Taman Mawar, Taman Bukit Pandan, Taman Bukit Permai, Taman Seraya, Taman Mega Jaya, Taman Putra dan Pandan Mewah. Statistik jenayah indeks yang berlaku di kawasan DUN Teratai bagi tempoh tahun 2023 dan Januari 2024 mendapati, sebanyak 197 kes pada tahun 2023 dan sebanyak 24 kes pada Januari 2024 telah dicatatkan. Jenis Jenayah yg menjadi penyumbang kepada jenayah indeks bagi tahun 2023 adalah kejadian Lain-lain Curi dengan 61 kes. Ia disusuli dengan kes Pecah Rumah dengan  44 kes dan Curi Motorsikal dengan 33 kes. Kajian mendapati, kawasan hotspot adalah  Pandan Mewah dengan 44 kes dan  Taman Muda dengan 45 kes.

     

  2. Apakah rancangan kerajaan untuk menjadikan kawasan Teratai lebih selamat dan bebas dari jenayah?

    Tindakan daripada pihak polis untuk menjadikan kawasan teratai lebih selamat dan bebas dari jenayah adalah : –

    i) Operasi pencegahan jenayah akan dilakukan melalui rondaan MPV / URB. Rondaan ini daripada anggota Balai Polis Pandan Indah dan Balai Komuniti Pandan Perdana secara berkala di kawasan berkaitan.

    ii) Mengadakan Program Community Policing dari anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor untuk :-

    • Mengenalpasti kawasan Hotspot jenayah dan mengadakan program mengikut jenayah yang berlaku.
    • Mengadakan perjumpaan / Community Policing / Town Hall Discussion bersama masyarakat untuk melahirkan kesedaran mengenai kejadian jenayah, mengelak menjadi mangsa jenayah disamping mendapatkan / mengemukakan sebarang maklumat jenayah.
    • Mengatur dan mengadakan Operasi Bersepadu / Operasi Pencegahan Jenayah yang melibatkan pelbagai agensi.
    • Mengenalpasti saspek yang melakukan jenayah. Menangkap serta membawa mereka ke muka pengadilan.
    • Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang sediada akan diperluaskan agar masyarakat memahami tatacara penggunaan dan kelebihan VSP yang menggantikan Rakan Cop.

Lampiran

Tiada Lampiran.