Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
162) JENAYAH DAN KESELAMATAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah statistik jenayah di dalam kawasan DUN Pelabuhan Klang?
Ulasan daripada PDRM adalah seperti di bawah:-
BIL KAWASAN JUMLAH KES 2016 2017 2018 1. TELUK GONG 38 41 29 2. PULAU INDAH 53 39 43 3. PANDAMARAN JAYA 22 19 16 4. PELABUHAN KLANG 199 196 136 JUMLAH BESAR 312 295 224 -
Adakah PDRM dan Kerajaan Negeri bercadang untuk membuka balai polis di dalam kawasan Kampung Tradisi Pulau Indah, Pelabuhan Klang?
Untuk makluman Pulau Indah telah mempunyai pondok polis yang terletak di markas Marin Port Klang, Pulau Indah. Oleh yang demikian dicadangkan pondok polis di Pulau Indah dinaiktaraf sebagai Balai Polis yang mempunyai kekuatan anggota dan perjawatan yang baru dan dicadangkan ditempatkan di kawasan perindustrian Pulau Indah berdasarkan justifikasi berikut:-
- Populasi penduduk sebanyak 32,000 orang dan keluasan Pulau Indah 40.7KM persegi.
- Jumlah repot polis adalah sebanyak 5800 dalam tempoh 3 tahun bermula 2016 hingga Oktober
- Indeks jenayah bagi tempoh 3 tahun 2016 hingga Oktober 2018 sebanyak 135 kes.
- Kegiatan ekonomi di Pulau Indah adalah kawasan perindustrian sebanyak 673 buah kilang dan juga merupakan tempat untuk kapal-kapal berlabuh iaitu Westport dan PKFZ.