Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

230) JENAYAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jenis-jenis jenayah yang sering berlaku di Negeri Selangor yang mengancam rakyat Negeri Selangor?

    JENIS JENAYAH YANG SERING BERLAKU DI SELANGOR

     

     

    BIL

     

     

    KESALAHAN

     

    TAHUN 2009 

    (JAN-SEPT)

     

    1

     

    BUNUH

     

    111

     

    2

     

    ROGOL

     

    522

     

    3

     

    SAMUN BERKAWAN S/API

     

    21

     

    4

     

    SAMUN BERKAWAN TANPA S/API

     

    5935

     

    5

     

    SAMUN SENJATAPI

     

    6

     

    6

     

    SAMUN TANPA S/API

     

    806

     

    7

     

    MENDATANGKAN CEDERA

     

    1200

     

    8

     

    CURI

     

    6485

     

    9

     

    CURI MOTOLORI/VAN

     

    1689

     

    10

     

    CURI MOTOKAR

     

    3228

     

    11

     

    CURI MOTOSIKAL

     

    11549

     

    12

     

    RAGUT

     

    1543

     

    13

     

    PECAH RUMAH DAN CURI

    SIANG HARI

     

    3522

     

    14

     

    PECAH RUMAH DAN CURI

    MALAM HARI

     

    4398

     

     

     

     

    JUMLAH

     

    41015

  2. Apakah jenis-jenis jenayah yang berlaku mengikut komposisi kaum di Negeri Selangor pada masa kini?

    Jenis jenayah mengikut komposisi kaum di Selangor.

    Secara umumnya, pesalah jenayah tidak terhad pada satu kaum sahaja. Walau bagaimanapun, bagi kes-kes ragut banyak melibatkan pesalah-pesalah Melayu/Indonesia, kes-kes pergaduhan melibatkan pesalah-pesalah daripada kaum India dan kes-kes jenayah harta benda melibatkan pesalah-pesalah Cina.

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi jenis-jenis jenayah tersebut?

    Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi jenis-jenis jenayah tersebut?

     

    • Pelbagai operasi pencegahan oleh pihak polis seperti rondaan dengan kerjasama dengan Rela dan Rukun Tetangga.

     

    • Pelbagai operasi polis untuk menangkap penjenayah-penjenayah “Habitual”.

     

    • Sesi dialog dengan persatuan-persatuan penduduk dan meningkatkan kerjasama rakyat dan PDRM dengan beberapa produk PDRM seperti RAKAN COP.  Selain daripada itu, PDRM sentiasa mengadakan program ceramah, sesi dialog dan lainlain usaha melalui media massa.

     

    • Melaksanakan projek-projek untuk meningkatkan tahap disiplin di kalangan pelajarpelajar sekolah dan remaja.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.