Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

181) JEMPUTAN PROGRAM YANG MELIBATKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah kehadiran EXCO Pertanian ke DUN Sabak dalam apa jua program yang melibatkan Kerajaan Negeri Selangor, ADUN Sabak tidak dijemput hadir?

    Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pertanian & Perladangan Dan Industri Asas Tani (IAT) sentiasa beranggapan bahawa peranan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan termasuk ADUN Kawasan Pembangkang di dalam apa juga program anjuran Kerajaan Negeri amat penting termasuklah di dalam menjemput ADUN-ADUN ke program anjuran Kerajaan Negeri termasuk di bawah Jawatankuasa Tetap Pertanian & Perladangan Dan Industri Asas Tani (IAT). Sebagai contoh semasa program Penyerahan Bantuan Pakej Kita Selangor 2.0 di Daerah Sabak Bernam pada 9 dan 10 September 2021 yang lepas. Pihak urus setia telah menjemput semua ADUN-ADUN Kawasan termasuk penyelaras DUN serta ADUN Kawasan Sabak untuk turut sama ke program melalui email.

Lampiran

Tiada Lampiran.