Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
38) JELAPANG PADI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha dan perancangan Kerajaan untuk meningkatkan hasil keluaran padi Negeri Selangor?
Usaha dan perancangan Kerajaan untuk meningkatkan hasil keluaran padi Negeri Selangor :
- Menggalakkan penggunaan varieti yang seragam
- Menyelaraskan penjadualan tanaman secara seragam
- Menggalakkan kawalan perosak secara bersepadu bersama kelompok petani
- Menggalakkan pesawah untuk menuai padi tepat pada masanya
- Memperkenalkan pengurusan tanaman padi melalui program Smart Sawah Berskala besar ( Smart SBB ) dengan penglibatan pihak swasta berkerjasama dengan pesawah
-
Apakah bentuk bantuan tersedia untuk pesawah khususnya yang terkesan dengan serangan penyakit atau makhluk perosak padi?
Bagi membantu pesawah yang terkesan akibat serangan penyakit atau mahkluk perosak padi, khususnya pada tahun 2021 ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM2,795,085.00 untuk membantu golongan tersebut yang melibatkan seramai 10,868 pesawah di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam. (Bilangan pesawah yang menerima bantuan termasuk sebahagian daripada penerima yang sama memandangkan jumlah pesawah di Negeri Selangor hanyalah seramai 9,754 orang sahaja)
Selain daripada itu, bantuan juga disediakan melalui peruntukan penyelenggaraan Persekutuan melalui IADA Barat Laut Selangor iaitu di bawah Pengurusan Teknologi Tepat Dan Kelestarian Pertanian
-
Adakah sistem pengairan termasuk parit & palong air sedia untuk dinaik taraf?
Kerja-kerja menaiktaraf sistem pengairan iaitu parit dan palong air sentiasa dilakukan oleh IADA Barat Laut Selangor dan ianya dilakukan secara berperingkat mengikut peruntukan yang di luluskan oleh pihak Kementerian Pertanian & Industri Makanan.