Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

73) JELAJAH SELANGOR PENYAYANG

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan perbelanjaan bagi setiap Jelajah Selangor Penyayang yang dijalankan pada tahun 2023.

    Program Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) Tahun 2023 merupakan program Kerajaan Negeri untuk menghebahkan inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri agar manfaat dapat dinikmati oleh rakyat Selangor yang berkelayakan di samping mendampingi rakyat Selangor dengan lebih dekat. Objektif JKSP Tahun 2023 adalah seperti berikut:

    i) Memperkenal dan menghebahkan program-program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) kepada seluruh rakyat Selangor agar manfaat setiap program dapat diketahui dan seterusnya dinikmati oleh rakyat;

    ii) Sebagai satu platform dan ruang Kerajaan Negeri menyantuni dan beramah mesra bersama rakyat Selangor; dan

    iii)     Memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat berhubung isu-isu semasa dan pelaksanaan dasar di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

    Program JKSP Tahun 2023 yang dilaksanakan di sembilan (9) daerah negeri Selangor melibatkan perbelanjaan berjumlah RM 3,849,109.00.

    Pecahan kos adalah seperti berikut:

    Logistik, i.e khemah, pentas, reruai, kerusi meja, Sistem PA, skrin LED, pendingin hawa, kipas, dsb. (Kohijrah Berhad): RM 2,329,809.00

    Pengisian Program, Keurusetiaan dan Selain Logistik (Jumlah 9 Pejabat Daerah dan Tanah (PDT): RM1,350,000.00

    Media dan Promosi (Media Selangor Sdn. Bhd.): RM169,300.00

    JUMLAH: RM 3,849,109.00

Lampiran

Tiada Lampiran.