Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
38) JELAJAH RAMADAN,PEDULI RAKYAT
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah digunakan oleh kerajaan negeri bagi program tersebut?
Program ‘Jelajah Ramadhan, Peduli Rakyat’ adalah merupakan inisiatif kebajikan oleh beberapa pihak swasta yang menggunakan Corporate Social Responsibility (CSR) mereka sendiri tanpa melibatkan sebarang kos kerajaan. Sepertimana dalam program Rumah Selangorku, pembinaan rumah dilakukan oleh pihak swasta, hanya dilancar oleh pihak Kerajaan Negeri yang diselia pelaksanaannya oleh Lembaga Perumahan Dan Hartanah
Justeru itu program Jelajah Ramadhan, Peduli Rakyat ini juga dilakukan dengan konsep yang serupa dan tidak ada penggunaan wang daripada pihak Kerajaan bagi membiayai program ini.
-
Berapakah keseluruhan isi rumah yang telah mendapat bantuan dalam program tersebut?
Mengikut rekod jumlah keseluruhan penerima sumbangan ini adalah lebih kurang 5100 keluarga dari seluruh Semenanjung
-
Berapakah DUN atau lokasi yang terlibat dalam program tersebut?
Untuk makluman Dewan, setiap kawasan yang terlibat diperuntukan antara 25 ke 30 kotak barangan dapur kering. Jelajah ini dimulakan pada 2 Julai 2015 dan barangan ini diagihkan di lokasi – lokasi Parlimen seperti berikut:
TARIKH
LOKASI
BILANGAN BARANGAN (KOTAK) 2 JULAI 2015
Tapah, Tanjung Malim, Pasir Salak, Teluk Intan, Bagan Datoh.
180
3 JULAI 2015
Ipoh Barat, Ipoh Timur, Tambun, Sungai Siput, Kuala Kangsar, Gerik, Parit, Lumut,
Batu Gajah, Kampar, Gopeng, Beruas, Taiping, Bukit Gantang, Larut, Bagan Serai,
900
Parit Buntar, Padang Rengas, Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bagan, Jelutong, Balik Pulau, Kulim / Bandar Baharu, Padang Serai, Baling, Merbuk, Sungai Petani, Sik. 4 JULAI 2015
Alor Star, Kuala Kedah, Jerlun, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Langkawi, Jerai, Kangar, Arau, Padang Besar.
360
5 JULAI 2015
Seremban, Rasah, Rembau, Tampin, Kuala Pilah, Jempol, Telok Kemang, Jelebu, Alor Gajah, Bukit Katil, Jasin, Kota Melaka, Masjid Tanah, Tangga Batu, Ledang, Segamat, Sekijang, Labis, Pagoh, Muar, Bakri, Simpang Renggam, Parit Sulong, Ayer Hitam, Sri Gading, Batu Pahat, Kluang, Sembrong.
825
6 JULAI 2015
Johor Bahru, Kulai, Tebrau, Pasir Gudang, Pulai, Gelang Patah, Pontian, Tanjung Piai, Mersing, Tenggara, Kota Tinggi, Penggerang.
360
7 JULAI 2015
Temerloh, Bentong, Raub, Lipis, Bera, Kuantan, Rompin, Cameron Highlands, Maran, Kuala Krau, Jerantut, Indera Mahkota, Paya Besar, Pekan.
420
8 JULAI
Dungun, Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Kuala Nerus, Marang, Hulu Terengganu, Kemaman.
Machang, Gua Musang, Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Ketereh, Tanah Merah, Pasir Puteh, Jeli, Kuala Krai.
660
Di samping itu, seramai 1390 warga memerlukan juga menerima sumbangan Corporate Social Responsibility (CSR) ini yang merangkumi orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, anak yatim dan warga emas.
Kita berharap lebih ramai masyarakat di luar sana bersedia berkerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam membantu usaha murni ini.