Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
165) JELAJAH PUSING SELANGOR DULU
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan inisiatif Kerajaan Negeri mempromosi pelancongan di Selangor dalam Jelajah Pusing Selangor Dulu Tahun 2022.
Pihak Tourism Selangor telah mengambil inisiatif untuk meneruskan kempen pelancongan domestik ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu’ di dalam memperkenalkan produk pelancongan baharu dan sedia ada kepada orang ramai secara pameran fizikal. Program Jelajah Pusing Selangor Dulu ini lebih menyasarkan ke tiga negeri yang menyumbang prestasi peningkatan kedatangan pelancong ke negeri Selangor. Antara cadangan tiga negeri tersebut adalah negeri Johor, Kedah dan Sabah. Penganjuran program ini juga adalah berikutan maklum balas serta permintaan yang amat menggalakkan daripada pihak penggiat industri pelancongan negeri Selangor melalui program yang telah dilaksanakan pada tahun 2019 dan 2020. Program yang dirancang dengan pengisian utama iaitu sesi Pertemuan Agensi Pelancongan bersama Produk Pelancongan Selangor Business to Business (B2B) dan sesi Pameran dan Jualan Business to Customer (B2C). Melalui program ini Tourism Selangor telah mendapat kerjasama bersama penggiat industri seperti Malaysia Airlines dan GM Klang di dalam mempromosikan kempen yang dijalankan. Selain itu, program ini turut mendapat sokongan dari Agensi Pelancongan Kerajaan iaitu Tourism Malaysia serta Badan Pelancongan Negeri (BPN) bagi mempromosikan kempen tersebut. Bagi menyemarakkan lagi industri pelancongan, program ini diteruskan dengan sesi Kunjungan Hormat (G2G) bagi membincangkan hal – hal pembangunan pelancongan di antara dua pihak di dalam dasar pelancongan memajukan pelancongan domestik di Malaysia.
Untuk makluman, program Jelajah Pusing Selangor Dulu yang dianjurkan turut melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) di dalam bersama-sama mempromosikan produk pelancongan di daerah masing-masing. Penganjuran program ini diharap dapat memberi peluang kepada produk – produk pelancongan Negeri Selangor memperkenalkan dan mempromosikan produk pelancongan mereka dengan jualan secara terus kepada orang ramai di samping meningkatkan semula hasil pendapatan ekonomi pelancongan serta memajukan ekonomi pelancongan negeri Selangor.
-
Nyatakan kos perbelanjaan kempen Jelajah Pusing Selangor Dulu secara terperinci tahun 2022.
Tourism Selangor telah melaksanakan siri promosi dalam negara sejajar dengan kempen yang dijalankan seperti berikut :
BIL SIRI PROMOSI KOS KESELURUHAN
1 Citrawarna Keluarga Malaysia – Sarawak Tarikh : 24-26 Februari 2022
Tempat : Kuching Waterfront, Sarawak
P01:RM39,973.75 2 MATTA Fair April Tarikh : 9-10 April 2022
Tempat : WTC, Kuala Lumpur
P01:RM95,026.02 3 Sabah Travel & Tourism Expo (SATTEX) Tarikh : 24-26 Jun 2022
Tempat : ITCC Shopping Mall Penampang, Kota Kinabalu
P02:RM 12,203.70 4 Jelajah Iltizam Selangor Penyayang Tarikh : 1 Julai 2022
Tempat : Dataran Morib, Kuala Langat
P02 : RM840.00 5 Pameran Penang International Halal Expo and Conference (PIHEC) Tarikh : 30 Jun – 3 Jul 2022
Tempat : Setia Spice Convention, Pulau Pinang
P02 : RM 7,349.28 6 MITM Travel Fair Tarikh : 8-10 Julai 2022
Tempat : Mid Valley Exhibition Centre
P01 : RM45,6800.00 7 Jelajah Pusing Selangor Dulu – Johor Tarikh : 12-14 Ogos 2022
Tempat : B2B – Holiday Villa , Johor Bahru
B2C – Paradigm Mall, Johor Bahru
P01: RM163,200.00 8 MATTA Fair September Tarikh : 2-4 September 2022
Tempat : WTC, Kuala Lumpur
P01:RM100,000.00 9 Selangor International Photography Festival Tarikh : 12-13 September 2022
Tempat : Paradigm Mall, Kelana Jaya
P01:RM100,000.00