Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
69) JELAJAH JUALAN EHSAN SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sejauh manakah keberkesanan program Jelajah Jualan Ehsan Selangor sejak dilancarkan hingga kini dari sudut membantu rakyat?
Berdasarkan statistik terkini setakat 28 Februari 2023, jualan JER 1.0 dan 2.0 telah mencatat jumlah jualan sebanyak RM22.1 juta dimana RM6.7 juta daripadanya adalah perbelanjaan bagi menampung kos subsidi. Jumlah ini menunjukkan JER telah memberi penjimatan sebanyak 30 peratus daripada harga semasa membabitkan kira-kira 4 juta rakyat Selangor. Hasilnya rakyat dapat mengurangkan perbelanjaan dapur kerana harga barang yang dijual lebih murah berbanding pasaran luar. Menurut rekod jualan, lima barangan iaitu ayam, telur ayam, beras, daging dan ikan (kecuali minyak masak botol) akan habis terjual di kesemua lokasi yang dikunjungi.
-
Berapakah jumlah pihak yang terbabit membekalkan barangan jualan kepada PKPS?
Setakat ini, hanya satu pihak pembekal sahaja yang terlibat membekalkan barangan jualan (ikan, daging dan telur ayam) kepada PKPS dengan tiga pusat pengagihan di Shah Alam, Seri Kembangan dan Selayang. Bagi tiga produk lain iaitu ayam, beras dan minyak masak pula, PKPS mempunyai perbekalan sendiri dengan menggunakan jenama Ehsan.
-
Hingga bilakah program ini akan dilaksanakan?
Berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Darul Ehsan ke-3/2023 yang diadakan pada 1 Februari 2023, MMKN bersetuju agar Program JER dilaksanakan sehingga bulan Mei 2023.