Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

50) JELAJAH JOB FAIR SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah sambutan yang diterima dalam program Jelajah Job Fair Selangor?

    Dijawab bersekali untuk soalan (a) dan (c)

    Pelaksanaan Program Jelajah Selangor Bekerja (Job Fair) ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Selangor dalam menyediakan platform serta ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan bagi mengatasi kadar pengangguran di Selangor.

    Pada tahun 2021 sebanyak enam (6) siri Program Selangor Bekerja (Job Fair) telah berjaya dilaksanakan di lima (5) lokasi berbeza iaitu Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Kubu Bharu, Hulu Langat dan Sungai Buluh.

    Penganjuran program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran pencari kerja yang berdaftar adalah seramai 2,726 orang di mana ia dilaksanakan mengikut keluasan tempat dan mematuhi secara ketat Tatacara Pengendalian Piawaian (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jumlah yang berjaya dalam sesi temu duga dan mendapat pekerjaan adalah seperti Jadual 1 berikut:

    Manakala pada tahun 2022, Program Selangor Job Fair ini diteruskan dalam skala Mega dan mendapat sambutan yang sangat baik. Program ini telah diadakan pada 11 dan 12 Jun 2022 di Pusat Konvensyen MBSA, yang telah menarik seramai 8,201 pencari kerja berdaftar dengan tawaran pekerjaan sebanyak 20,490 peluang pekerjaan. Maklumat pencapaian program seperti jadual di bawah:

  2. Apakah jenis pekerjaan yang ditawarkan dan menjadi tumpuan utama pemohon?

    Jenis-jenis pekerjaan yang ditawarkan merangkumi pelbagai sektor seperti peruncitan (retails), pembuatan (manufacturing), makanan dan minuman (food & baverage) dan sektor-sektor lain. Antara jenis pekerjaan yang menjadi tumpuan utama ialah bidang kejuruteraan (engineering). Maklumat jenis-jenis pekerjaan adalah seperti berikut:

     

     

    BIL JENIS PEKERJAAN
    1. Jurutera
    2. Kerani
    3. Pegawai Pemasaran & Jualan
    4. Akauntan
    5. Juruteknik
    6. Juru audit
    7. Pegawai Sumber Manusia
    8. Pembantu Operasi
    9. Pegawai Teknologi Maklumat
    10. Pembantu Pengurus Cawangan
    11. Pegawai Kewangan
    12. Pakar Kecantikan dan Spa
    13. Jaminan Kualiti (quality assurance)
    14. Pembantu Akaun
    15. Juru jual dan Penyelia
    16. Housekeeping
    17. Pegawai Penyelidikan dan Pembangunan
    18. Kawalan Kualiti dan Pengendali (operator)
    19. Pegawai Khidmat Pelanggan
    20. Pereka Grafik dan Perancang Pengeluaran
    21. Pemandu
    22. Wartawan
    23. Pegawai Perundangan
    24. Pelayan/ Krew Restoran/ Pembantu Dapur
    25. Lain-lain (Ketua Shif, Penjaga Stor, Penghantaran, Koordinator Latihan dan Pembantu Gudang)

     

     

  3. Berapakah jumlah pemohon yang berjaya mendapat pekerjaan dalam program Jelajah Job Fair Selangor setakat ini?

    Dijawab bersekali untuk soalan (a) dan (c)

    Pelaksanaan Program Jelajah Selangor Bekerja (Job Fair) ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Selangor dalam menyediakan platform serta ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan bagi mengatasi kadar pengangguran di Selangor.

    Pada tahun 2021 sebanyak enam (6) siri Program Selangor Bekerja (Job Fair) telah berjaya dilaksanakan di lima (5) lokasi berbeza iaitu Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Kubu Bharu, Hulu Langat dan Sungai Buluh.

    Penganjuran program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran pencari kerja yang berdaftar adalah seramai 2,726 orang di mana ia dilaksanakan mengikut keluasan tempat dan mematuhi secara ketat Tatacara Pengendalian Piawaian (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jumlah yang berjaya dalam sesi temu duga dan mendapat pekerjaan adalah seperti Jadual 1 berikut:

    Manakala pada tahun 2022, Program Selangor Job Fair ini diteruskan dalam skala Mega dan mendapat sambutan yang sangat baik. Program ini telah diadakan pada 11 dan 12 Jun 2022 di Pusat Konvensyen MBSA, yang telah menarik seramai 8,201 pencari kerja berdaftar dengan tawaran pekerjaan sebanyak 20,490 peluang pekerjaan. Maklumat pencapaian program seperti jadual di bawah:

Lampiran

Tiada Lampiran.