Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
220) JEJANTAS MOTORSIKAL SMK MERU DAN JEJANTAS KAKI SRJK KOK BIN PEKAN MERU
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status jejantas motorsikal di depan SMK Meru yang sudah 5 tahun tidak digunakan lagi?
Tiada apa-apa perancangan
-
Apakah status jejantas kaki di depan SRJK Kok Bin Pekan Meru yang kini menjadi punca kesesakan jalanraya di kawasan tersebut?
Kelewatan kerja pembinaan disebabkan isu pengalihan 2 bilangan paip utama Air Selangor yang terletak di bawah lokasi struktur asas tiang jejantas. Kelulusan pengalihan daripada pihak Air Selangor diperolehi pada awal Julai 2021. Kerja pengalihan paip air melibatkan pertambahan kos sebanyak RM847,000.00 dan masih menunggu kelulusan pihak Kementerian Kerja Raya sebelum kontraktor mula kerja ditapak.