Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
166) JEJANTAS DI PERSIARAN PUTRA PERMAI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah ada cadangan untuk membina jejantas bagi penyelesaian isu kesesakan jalan raya di kawasan MRT Putra Permai dan di persimpangan GIANT Seri Kembangan?
Untuk makluman, tiada cadangan untuk membina jejantas di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, pada RMKe-12, RP4 tahun 2024, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya telah meluluskan projek ‘Kerja Awalan Menaiktaraf Jalan Putra Permai (FT3215) daripada Persimpangan Tropika/Lestari Perdana Sehingga KM 4.0 Petaling Selangor’ yang melibatkan proses Reka Bentuk & Pengambilan Tanah sahaja.