Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

86) JEJANTAS BULATAN BANDAR SAUJANA PUTRA

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status Jejantas Bulatan Bandar Saujana Putra yang masih lagi di tunda pembinaannya?

    Status Kemajuan terkini (pada 23 Februari 2023) adalah 62.34%.

  2. Bilakah jangkaan siap pembangunan jejantas tersebut?

    Tarikh jangkaan siap adalah pada Disember 2023 tertakluk kepada keputusan Kerajaan Negeri untuk membuat ketetapan Kos Operasi dan Penyelenggaraan (OEM) kepada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), konsesi PLUS dan SKVE.

    Kerajaan Negeri juga akan memutuskan berkenaan pihak yang akan bertanggungjawab untuk mengambil alih jejambat berkenaan setelah ianya disiapkan kelak.

Lampiran

Tiada Lampiran.