Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
56) JAWATANKUASA TINDAKAN DAERAH
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri telah memansuhkan Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD)? Jika ya, nyatakan sebab-sebabnya.
Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri Selangor Bilangan 1/2020 telah mewujudkan satu jawatankuasa peringkat daerah dikenali Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah. Jawatankuasa ini bagi menggantikan jawatankuasa pembangunan daerah sebelum ini.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah di setiap daerah dengan keahlian terdiri daripada ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri peringkat daerah. Pengerusi boleh melantik mana-mana ahli mesyuarat sebagai ahli jawatankuasa secara jemputan berasaskan isu yang dibincangkan.
Fungsi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah adalah bertujuan untuk membuat perancangan, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan projek-projek pembangunan kerajaan. Semua isu-isu yang dibangkitkan di peringkat daerah melalui jawatankuasa ini akan disalurkan ke peringkat negeri untuk mendapatkan penyelesaian secara menyeluruh seperti isu keperluan kemudahan infrastruktur, kemudahan masyarakat di daerah-daerah, dan memastikan agenda Focus Group Daerah (FGD) bagi eKasih melibatkan pembasmian kemiskinan, penyampaian bantuan dan program pemulihan ekonomi dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pada masa sekarang, semua daerah telah melaksanakan mesyuarat ini secara berkala.
-
Nyatakan perbezaan Jawatankuasa Tindakan Daerah dengan Jawatankuasa Pembangunan Daerah.
Sama seperti di Sub(a)