Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

155) JAWATANKUASA TETAP KESIHATAN, KEBAJIKAN, PEMBERDAYAAN WANITA DAN KELUARGA

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan matlamat dan halatuju Portfolio tersebut.

    Matlamat dan hala tuju bagi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga adalah seperti berikut :-

     1.Matlamat Dan Hala Tuju Jawatankuasa Tetap Kesihatan

    Matlamat dan halatuju bagi Jawatankuasa Tetap Kesihatan adalah menggalakkan rakyat di negeri Selangor supaya mempunyai tahap kesihatan yang baik dengan mengamalkan gaya hidup sihat terutama dari segi fizikal dan mental serta menikmati pemakanan seimbang bagi mengurangkan risiko menghidapi penyakit tidak berjangkit. Jawatankuasa Kesihatan juga turut membantu membuat kawalan dan pencegahan bagi mengurangkan rebakan penyakit berjangkit serta penyakit bawaan vektor seperti demam denggi.

    2. Matlamat Dan Hala Tuju Jawatankuasa Tetap Kebajikan

    Matlamat dan hala tuju bagi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Negeri Selangor adalah melaksanakan program-program pembangunan yang melibatkan golongan sasar terdiri daripada orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak dan warga emas dalam bentuk latihan, kemahiran serta memupuk semangat kesukarelawan tanpa mengira bangsa, usia, fahaman politik dan agama. Program-program kebajikan yang dianjurkan akan dilaksanakan dengan penglibatan pelbagai agensi di peringkat persekutuan, negeri, daerah dan pihak berkuasa tempatan termasuk badan bukan kerajaan (NGO) di dalam Negeri Selangor.

    3.Matlamat Dan Hala Tuju Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Wanita DanKeluarga

    Halatuju bagi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga adalah memperkasakan wanita di peringkat akar umbi dengan latihan pembangunan kapasiti dan kemahiran turut mempersiapkan golongan wanita untuk mendepani industri 4.0 dengan mengambil kira usaha pemerkasaan wanita dari sudut sosio ekonomi, membanteras keganasan terhadap wanita dan pemerkasaan undang undang demi keadilan gender bagi memastikan wanita mampu berdaya saing disamping berperanan dalam melahirkan keluarga yang penyayang dan bertanggungjawab sekaligus mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni.

  2. Nyatakan perancangan jangka masa panjang, sederhana dan pendek Portfolio tersebut.

    Perancangan jangka masa panjang, sederhana dan pendek bagi setiap Jawatankuasa tersebut boleh diterjemahkan dalam perancangan yang telah disediakan melalui Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Tahun 2018 seperti berikut:-

    1.Sasaran Kerja Tahunan Bagi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Negeri Selangor

    Jawatankuasa Tetap Kesihatan Negeri Selangor telah diperuntukkan sebanyak RM42.1 juta bagi tahun 2018 untuk melaksanakan program-program kesihatan yang telah dirancang seperti berikut :

    • Skim Peduli Sihat telah mengeluarkan sebanyak 345,179 kad iaitu meliputi seramai 1,380,716 orang penerima manfaat. Jumlah ini telah melebihi 38% daripada sasaran awal yang disasarkan iaitu kepada 1 juta orang penerima. Sehingga 20 Ogos 2018, sebanyak RM23,580,939.46 telah dibelanjakan bagi membiayai kos rawatan pemegang kad peduli sihat bagi tahun 2018. Bermula tahun 2018, Kerajaan Negeri Selangor juga telah menambahbaik pelaksanaan Skim Peduli Sihat dengan meluluskan peruntukan one-off sebanyak RM180 kepada semua pemegang kad untuk mendapatkan salah satu suntikan vaksin bagi pneumokokal/ meningococcal/ hepatitis B/ influenza/ typhoid. Selain daripada itu, pemegang kad Peduli Sihat boleh membuat saringan pemeriksaan kesihatan asas dengan kadar minimum bagi menggalakkan masyarakat untuk lebih peka dengan tahap kesihatan masing-masing dan dapat melaksanakan langkahlangkah pencegahan awal agar menghindari diri dari penyakit tidak berjangkit (Non Communicable Disease)
    • Bantuan Sihat Selangor adalah untuk membantu meringankan beban rakyat Negeri Selangor yang kurang berkemampuan dalam menanggung kos rawatan Kesihatan bagi meneruskan kehidupan yang lebih sihat. Program ini memberi bantuan rawatan dialisis, bantuan pembedahan katarak mata, bantuan melaksanakan pembedahan kecil, bantuan pembelian kaki palsu dan lain-lain permohonan seperti pembelian kerusi roda, susu dan lampin pakai buang bagi pesakit terlantar. Program ini akan dipanjangkan kepada pesakit kanser untuk turut mendapat bantuan bagi meringankan kos rawatan yang tidak dibekalkan oleh hospital.
    • Aktiviti pencegahan dan kawalan denggi juga dipantau di bawah Jawatankuasa Tetap Kesihatan yang di pengerusikan oleh YB EXCO sendiri dan dilaksanakan setiap 2 minggu sekali. Kerjasama yang utuh diperingkat JKNS dan PBT dapat mengurangkan kes dari masa ke semasa. Penglibatan ADUN kawasan serta Ahli Majlis juga telah diperhebatkan untuk turut terlibat menggerakkan komuniti dalam mencegah wabak denggi.
    • Program Gaya Hidup Sihat yang dilaksanakan setiap tahun sentiasa ditambahbaik dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan serta Pejabat Kesihatan Daerah. Melalui program Karnival Sihat Selangor, pelbagai aktiviti seperti kesedaran pemakanan sihat dan info berkaitan kesihatan mental turut diberi penekanan. Amalan berjalan 10,000 langkah merupakan elemen utama yang perlu dimasukkan  semasa berlangsungnya Karnival. Selain itu, galakkan untuk membuat Saringan kesihatan juga diberikan kepada masyarakat melalui program Saringan Sihat Selangor bagi membantu individu supaya lebih menjaga kesihatan sebelum ke arah yang lebih memudaratkan.

     

    2. Sasaran Kerja Tahunan Bagi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Negeri Selangor

    Jawatankuasa Tetap Kebajikan Negeri Selangor telah diperuntukkan

    sebanyak RM21.8 juta bagi tahun 2018 untuk melaksanakan programprogram kesihatan yang telah dirancang seperti berikut:-

     

    1. Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) merupakan program bantuan kepada golongan ibu yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan dengan nilai bantuan sebanyak RM200.00 sebulan bagi membantu menampung pembelian barangan keperluan asas keluarga secara tanpa tunai (cashless) di kedai-kedai dan pasarayapasaraya di seluruh Selangor yang telah dikenalpasti.

     

    1. Menyediakan dan melaksanakan program kepada golongan sasar seperti golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas, kanakkanak dan program kesukarelawan yang melibatkan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, semua Pejabat Daerah Dan Tanah Negeri Selangor serta Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor.
    • Program Intervensi Awal Kanak-kanak (Early Intervention Programme-EIP) merupakan program yang bantuan kewangan kepada institusi yang menjalankan perkhidmatan dan pendidikan awal kepada kanak-kanak yang berkeperluan khas serta menambahbaik kemudahan infrastruktur dan terapi seperti physiotherapy, occupational therapy, speech therapy dan hydrotherapy.

    3. Sasaran Kerja Tahunan Bagi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga Negeri Selangor

    Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga Negeri Selangor telah diperuntukkan sebanyak RM12juta bagi tahun 2018 untuk melaksanakan program-program kesihatan yang telah dirancang seperti berikut:-

    1.Pelaksanaan pembangunan wanita dalam melahirkan wanita Selangor yang berdaya melalui program-program pembangunan meliputi Program Pemerdayaan Ekonomi Hawa, Program Kempen Kesedaran dan Advokasi, Program Pembangunan Keluarga, Pusat Khidmat Krisis Sehenti, Program Skim Kesihatan Wanita iaitu pemeriksaan mammogram percuma Negeri Selangor dan juga tidak terkecuali Program Pemberdayaan Pusat Wanita Berdaya (PWB) melalui kursus-kursus dan latihan pembangunan yang telah dirancang.

  3. Senaraikan semua pegawai di bawah Portfolio tersebut dan kemudahan yang diperolehi

    Senarai pegawai di bawah portfolio Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga adalah seperti berikut :-

    1. Pejabat YB Exco

    Bil Nama Jawatan     /     Gred      /

    Perkhidmatan

    Kemudahan yang

    diperolehi

    1. Muhammad     Nabil      bin

    Norhalim

    Setiausaha Kanan / N41 / COF Sebagaimana

    yang telah dinyatakan dalam syarat perjanjian Contract For / Of Service (CFS / COS) masing-

    masing

    2. Anis Afida bt Mohd Azli Pegawai Penyelaras / N41 / CFS
    3. Siti      Faridah          bt             Abdul Samad Pegawai        Penasihat

    Dasar / N41 / COS

    4. Muhammad Syahmi bin

    Zahari

    Pembantu Tadbir / N19 / COS
    5. Wan Aiman Firdaus b

    Wan Aziz

    Pemandu / H11 / COS
    6. Nurul Imma bt Mansor Pegawai             Penyelaras PWB / N41 / CFS
    7. Nor      Akma      Hani       bt

    Mohamed Ariff

    Pembantu Tadbir PWB / N19 / CFS
    8. Nisha          Lyanna           bt

    Razaman

    Pembantu Tadbir PWB / N19 / CFS
    9. Norani bt Muradi Setiausaha Kerja / N29 / COS
    10. Loshini a/p Ramakrishnan Pembantu Tadbir / N19 / COS

     

    1. Pejabat Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor 2.1

    Jawatankuasa Tetap Kesihatan

    Bil Jawatan / Gred Bilangan Pegawai Kemudahan      yang

    diperolehi

    1. Timbalan Pengarah / M52 1 orang Sebagaimana dalam syarat Buku Perintah Am dan pekeliling yang berkuatkuasa
    2. Penolong Pengarah / M44 1 orang
    3. Penolong Pegawai Tadbir / N29 1 orang
    4. Pembantu Tadbir / N19 3 orang

     

    2.2 Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Pemberdayaan Wanita Dan

    Keluarga

    Bil Jawatan / Gred Bilangan Pegawai Kemudahan       yang

    diperolehi

    1. Timbalan Pengarah / M54 1 orang Sebagaimana dalam syarat Buku Perintah Am dan pekeliling yang berkuatkuasa
    2. Penolong Pengarah / N44 1 orang
    3. Penolong       Pegawai        Ehwal

    Ekonomi / E32

    1 orang
    4. Penolong Pegawai Tadbir / N29 1 orang
    5. Pembantu Tadbir / N19 4 orang

     

Lampiran

Tiada Lampiran.