Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
74) JAWATANKUASA TETAP HAL EHWAL ISLAM
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dimaklumkan hanya lima pihak berkuasa dibenarkan mengeluarkan kenyataan melibatkan isu-isu agama Islam di negeri ini bagi memastikan maklumat disiarkan media adalah tepat iaitu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, MAIS, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Ketua Hakim Syarie dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Adakah ini bermakna Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam telah dikurangkan kuasanya dan tidak boleh mengeluarkan kenyataan melibatkan isu-isu agama Islam?
-
Apakah skop dan tugasan yang ditadbir urus oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam?
Kuasa dan tanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam tidak
dikurangkan bahkan beliau berperanan sebagai perantara di antara Kerajaan Negeri
dengan MAIS bagi memastikan dasar yang ditentukan oleh MAIS dilaksanakan oleh
badan pelaksana yang diberi kuasa seperti JAIS.
Di samping itu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam juga berfungsi sebagai:
1) Memastikan peruntukan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada
JAIS, Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Mahkamah Syariah digunakan dengan
sewajarnya selaras dengan pembangunan umat Islam di Negeri Selangor;
2) Memastikan dasar dan polisi MAIS dilaksanakan oleh semua agensi agama di
bawah MAIS,
3) Membantu MAIS dalam menyelaraskan aktiviti semua agensi agama di bawah
MAIS,
4) Membantu MAIS dan semua agensi agama di bawah MAIS dalam menjawab
persoalan-persoalan berkaitan di dalam Dewan Undangan Negeri.
5) Membantu pihak semua agensi agama di bawah MAIS, dalam melaksanakan
program-program ceramah kefahaman dan motivasi bagi meningkatkan pemahaman
Islam, penghayatan dan akidah masyarakat khususnya remaja dan
6) Lain-lain tugas yang dititahkan oleh DYMM Sultan dan diputuskan oleh MAIS.
Oleh yang demikian, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam dibenarkan untuk
mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu-isu penyelarasan pentadbiran agama
Islam dan terhad perkara-perkara yang berada di bawah bidang kuasanya.
) Skop dan tugasan yang ditadbir urus oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam ialah:
1. Skop ( Fokus )
i) Pembangunan pendidikan Islam dan dakwah
ii) Pembangunan kecekapan sistem pentadbiran hal ehwal Islam dan prasarana
ibadah serta pendidikan,
iii) Kebudayaan dan kesenian Islam,
iv) Bina Insan, kekeluargaan dan kemasyarakatan
v) Pengeluaran sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal,
vi) Pengimarahan Masjid,
vii) Penerangan melalui media massa,
viii) Dialog antara agama,
ix) Memperkemaskan sistem perundangan syarak dan memperhebat operasi
penguatkuasaan,
x) Meningkatkan usaha dan peranan LZS,
xi) Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pembangunan ekonomi serta
harta umat Islam.
2. Tugasan
i) Memperkemaskan sistem pentadbiran hal ehwal Islam sedia ada dengan
lebih berkesan melalui sektor awam di peringkat negeri yang dipantau oleh
MAIS, JAIS, LZS, Mahkamah Syariah dan unit-unit berkaitan agama Islam di
dalam jabatan-jabatan kerajaan.
ii) Memperkukuhkan jentera pelaksana dan pemantau hal ehwal Islam di
peringkat Kerajaan Negeri dengan mewujudkan kerjasama yang berkesan
bersama badan-badan dakwah dan badan-badan bukan kerajaan yang
diiktiraf.
iii) Menyemarakkan Syiar Islam agar ianya dapat dihayati dan dibudayakan
dengan sungguh-sungguh oleh institusi keluarga dan masyarakat Islam.
iv) Menyebarluaskan pengetahuan berkaitan Islam kepada seluruh lapisan
masyarakat Islam.
v) Mengembangkan usaha-usaha dakwah, pembangunan pendidikan, sosial,
kemasyarakatan dan ekonomi Islam sama ada secara formal atau tidak
formal dengan lebih terancang dan sistematik.
vi) Mewujudkan persekitaran yang baik melalui usaha pembentukan masyarakat
yang berpegang kepada akidah dan syariah Islam.