Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
57) JAWATANKUASA TETAP ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan tujuan dan objektif Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Kerajaan Negeri telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Selangor bagi mengurus dan mendepani segala kemungkinan termasuk bencana akibat perubahan iklim. Susulan daripada itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 13/2022 bertarikh
18 Mei 2022 telah meluluskan secara dasar iaitu penubuhan Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negeri Selangor atau IKLIMSELANGOR.IKLIMSELANGOR berperanan sebagai badan penasihat dan badan pemikir bagi membantu Kerajaan Negeri Selangor dalam merancang, melaksana dan memantau program dan projek serta membincang dan mencadangkan penyelesaian isu-isu semasa yang timbul berkaitan perubahan iklim dan alam sekitar. IKLIMSELANGOR juga akan membantu mengenal pasti tindakan secara bersepadu yang perlu diambil bagi mencapai matlamat pembangunan lestari. Antara objektif penubuhannya adalah:
- Mengenalpasti isu dan punca berkaitan alam sekitar dan impak perubahan iklim dan mencadangkan langkah penyelesaian kepada Kerajaan Negeri;
- Menggariskan perancangan dan strategi berkaitan perubahan iklim dan mengintegrasikan respons adaptasi dan mitigasi secara seimbang;
- Meningkatkan kesedaran dan tahap literasi berkaitan perubahan iklim dan alam sekitar di kalangan rakyat Selangor melalui cadangan polisi dan program; dan
- Memperkukuh dan mempertingkatkan keupayaan institusi dan pelaksana melalui penyelarasan tindakan-tindakan dasar yang bersepadu bagi membawa agenda kelestarian alam sekitar dan daya tahan uji.
-
Sila senaraikan ahli-ahli yang terlibat dalam Jawatankuasa ini berserta latar belakang.
IKLIMSELANGOR dianggotai oleh pegawai-pegawai dari Jabatan dan Agensi Persekutuan dan Negeri, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), pakar-pakar akademik dan teknikal, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta penglibatan daripada ahli-ahli Yang Berhormat. Senarai ahli-ahli IKLIMSELANGOR yang dilantik adalah seperti berikut: