Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

182) JAWATANKUASA TEKNIKAL ANTI PEMERDAGANGAN MANUSIA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan selepas pelancaran Jawatankuasa ini?

    Perkembangan selepas    pelancaran    kolaborasi    Jawatankuasa    Bertindak MAPMAS dengan JKTAPM PBT dalam usaha:

     

    Menyelamatkan mangsa-mangsa pemerdagangan manusia dari situasi yang menzalimi mereka. Bilangan Kes dan jenis Pemerdagangan Manusia yang dikendalikan oleh MAPMAS sehingga 30 Mei 2014 adalah seperti berikut:

     

    JENIS PEMERDAGANGAN MANUSIA BILANGAN KES BILANGAN MANGSA
    TENAGA KERJA 34 727
    SEKS 5 53
    PEMBANTU RUMAH 29 31
    YANG TIDAK DIKENALPASTI 14 15
    YANG BUKAN PEMERDAGANGAN MANUSIA 10 70
    JUMLAH 92 896

     

     

    Memberi latihan teknikal untuk mengenalpasti dan menangani kes-kes yang disyaki insiden pemerdagangan manusia

    Mengkaji kebolehan dan keberkesanan undang-undang/peraturan baru bagi menghalang insiden pemerdagangan manusia seperti mewajibkan kehadiran dalam taklimat mengenai pemerdagangan manusia sebelum lesen perniagaan diperbaharui, mempamer nombor-nombor untuk bantuan mangsa pemerdagangan manusia di pejabat/premis perniagaan

    Meningkatkan usaha advokasi kepada warga PBT & masyarakat setempat dengan kerjasama persatuan penduduk dan Pusat Wanita Berdaya. Sehingga 30 Mei 2014, 5011 peserta telah menyertai program/usaha advokasi

     

  2. Apakah tugas utama dan sumbangan Jawatankuasa ini?

    Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Anti Pemerdagangan Manusia(JKTAPM) diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Selangor telah dipersetujui oleh Mesyuarat Bil.3/2011 Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan yang telah diadakan pada 24 Mei 2011 yang

     

    Peranan dan fungsi khusus jawatankuasa tersebut adalah seperti berikut :

    1. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 2 bulan atau apabila perlu;
    2. Membantu membanteras pemerdagangan manusia di negeri Selangor menerusi pemantauan dan penguatkuasaan peraturan dan undang- undang PBT;
    3. Mengkoordinasi keperluan latihan dan bimbingan ke arah membina kemampuan dan keupayaan dalam :
      • Mengenalpasti insiden pemerdagangan
      • Mengenalpasti mangsa pemerdagangan
      • Mengendalikan kes pemerdagangan
      • Melaksanakan etika   operasi   dan   pegawai-pegawai   serta    para anggota yang
      • Melaksanakan Akta dan undang-undang kecil PBT yang
    4. Merancang, memperoleh dan meluluskan peruntukan kewangan bagi setiap program dan aktiviti yang dirancang mengikut pembahagian peruntukan;

     

    1. Memberi perhatian kepada keperluan teknikal daripada segi pengumpulan data, pengurusan dan penjanaan semula maklumat demi membanteras jenayah pemerdagangan manusia di negeri Selangor;
    2. Membantu Majlis Antipemerdagangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS) dalam mengkaji semula peraturan dan undang-undang agar diselaraskan dengan usaha menghalang pemerdagangan manusia;
    3. Menjalinkan kerjasama dengan MAPMAS dan antara kumpulan berkepentingan, seperti PDRM, Polis Marin, Imigresen dan Jabatan Tenaga Kerja dalam kerja-kerja operasi dan penguatkuasa;
    4. Menyediakan laporan pelaksanaan program yang lengkap kepada pihak Urusetia Induk di PBT dan MAPMAS; dan
    5. Membantu Pengerusi JKTAPM peringkat PBT untuk mencadangkan dan menyediakan program, projek dan aktiviti untuk diluluskan pelaksanaan dan peruntukan kewangannya oleh Mesyuarat Ahli Majlis
    6. Melaksanakan usaha-usaha advokasi antipemerdagangan manusia kepada masyarakat setempat
  3. Nyatakan kriteria pemilihan Jawatankuasa dan PBT yang terlibat?

    Kerjasama PBT adalah dikehendaki untuk menubuhkan JKTAPM.  Ini terdiri  dari pihak pengurusan PBT. Ia melibatkan yang utamanya bahagian penguatkuasaan, perlesenan, undang-undang, kewangan dan perkembangan awam. JKTAMP ini adalah diketuai oleh seorang ahli Majlis

     

    Selain bahagian pengurusan yang tersebut di atas, setiap PBT boleh melibatkan mana-mana bahagian pengurusannya agar menjayakan misi membanteras pemerdagangan manusia di kawasan-kawasan PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.