Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

50) JAWATANKUASA SURAU

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan surau yang pelantikan jawatankuasanya masih belum selesai?

    1. Jumlah surau keseluruhan sebanyak 2063 buah surau, 380 buah daripadanya atau 18 % masih belum selesai pelantikan
  2. Apakah sebab-sebab perkara ini berlaku?

    Hal ini berlaku disebabkan beberapa faktor seperti berikut :-

    Surau tidak aktif

     

    Tidak ada Kerjasama Ahli Kariah

     

    Kegagalan Jawatankuasa Surau tidak mengikut arahan MAIS atau JAIS

  3. Bagaimana dan bila perkara ini akan diselesaikan

    Perkara ini sentiasa dibincangkan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS dan beberapa kaedah telah dibincangkan untuk penyelesaian seperti berikut :-

     

    Surau yang tidak aktif Masjid hendaklah mengambil alih pentadbiran sementara.

     

    Pejabat Agama Islam Daerah boleh melaksanakan apa-apa prosedur wajar dan membawa ke Mesyuarat Kariah MAIS untuk

     

    Arahan pelaksanaan Mesyuarat Agung Khas Pencalonan kepada Nazir Masjid bagi melaksanakan pencalonan di peringkat surau di

Lampiran

Tiada Lampiran.