Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
263) JAWATANKUASA SEBUTHARGA DAN LEMBAGA TENDER DI PBT
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah tender yang dikeluarkan mengikut PBT pada tahun 2013.
Berikut jumlah kerja tender yang dikeluarkan mengikut PBT pada tahun 2013:
PBT Perolehan Tahun 2013 Bil. Tender (RM) MBSA 171 118,488,677.34 MBPJ 54 68,474,275.41 MPK 13 9,204,643.00 MPAJ 6 4,501,908.52 MPSJ 67 56,411,363.21 MPS 2 1,747,155.24 MPKJ 21 14,692,713.03 MPSp 4 4,085,453.92 MDKL 1 1,459,522.00 MDHS 1 911,605.00 MDKS – Tiada MDSB – Tiada JUMLAH 340 279,977,316.67 -
Adakah Kerajaan negeri berhasrat memberikan status keahlian untuk Ahli Majlis PBT menganggotai Jawatankuasa Sebut harga dan Lembaga Tender di PBT? Jika tidak, nyatakan sebabnya.
Kerajaan Negeri melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil.9/2011 telah menggariskan peranan Ahli Majlis PBT sebagai pemerhati dalam Jawatankuasa Sebut Harga dan Tender di peringkat PBT dan terkini Kerajaan Negeri belum berhasrat untuk mengubah dasar tersebut.
Tugas pemerhati dalam Jawatankuasa Sebut Harga dan Tender adalah untuk memberi nasihat atau pandangan sekiranya di perlukan dan semasa keputusan hendak dibuat, hanya Ahli Jawatankuasa sahaja yang boleh berada dalam bilik mesyuarat tersebut. Bilangan keanggotaan pemerhati dalam sesebuah Jawatankuasa Sebut Harga dan Tender adalah seramai 4 orang Ahli Majlis.