Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
119) JAWATANKUASA PEMULIHAN PROJEK TERBENGKALAI (JPPT)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci peranan JPPT dan keanggotaannya
Untuk makluman Y. Berhormat, Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai Negeri Selangor (JPPT) telah diletakkan di bawah EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar dengan mempunyai peranan seperti berikut :
- JPPT bertindak sebagai ‘One Stop Centre’ ;
- Diberi kuasa untuk membuat perakuan melibatkan isu berbangkit berkaitan pemulihan projek terbengkalai (contoh: pindaan pelan pembangunan dan cadangan tersebut diangkat untuk kelulusan MMKN) ;
- Menjadi pemudahcara bagi menyelesaikan sebarang isu berkaitan projek terbengkalai di bawah ruang lingkup kuasa yang telah ditetapkan di antara pembeli, pemaju lama, pemaju baru dan
Tahap Pertama – Kajian Kemungkinan (Feasibility Study)
Jawatankuasa ini melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor akan mengenalpasti projek terbengkalai yang dianggap berdaya maju untuk dipulihkan. Hasil perbincangan tersebut, cadangan melaksanakan Kajian Kemungkinan secara terperinci (Feasibility Study) akan dilaksanakan dengan kerjasama oleh anak syarikat Kerajaan Negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holdings Berhad (WWHB) dan juga di bawah pelikuidasi atau pegawai penerima (receivership) atau Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) serta pemaju penyelamat projek berkenaan.
Kajian Kemungkinan ini bagi tujuan mengenalpasti keseluruhan kos pemulihan iaitu Kos Pembangunan Kasar (GDC) dan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) serta mendapatkan maklumat terperinci berhubung status tanah, kelulusan pembangunan, unit kosong belum dijual, jumlah pembiayaan/pinjaman, maklumat pembeli dan sebagainya. Hasil daripada laporan Kajian Kemungkinan tersebut, ianya akan dibentangkan oleh Jawatankuasa JPPT bagi meneliti dan menilai daya maju pemulihan projek berkenaan.
Tahap Kedua – Sesi Perbincangan dan Persetujuan Semua Pihak
Setelah dipersetujui dengan cadangan tersebut, sesi perbincangan dilaksanakan yang mana merupakan peringkat yang paling kritikal melibatkan persetujuan semua pihak yang terdiri daripada pelikuidasi, pembeli, bank pembiaya perantara (bridging loan) dan bank pembiaya akhir (end financer) serta pihak berkaitan perlu diperolehi sebelum pemulihan projek dapat diteruskan. Sekiranya projek ini melibatkan kenaikan kos, LPHS dengan kerjasama JKR Negeri akan membuat penilaian semula kos pemulihan projek tersebut yang bertujuan untuk memaklumkan kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pembeli sekiranya projek ini ingin diteruskan. Selain itu, jika projek ini menghadapi defisit kos pemulihan, LPHS akan mengemukakan cadangan pemulihan daripada kontraktor yang berminat dan berwibawa kepada KPKT untuk membuat keputusan bagi mendapatkan peruntukkan khas pemulihan projek ini
Di samping itu, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk berbincang dengan pembiaya akhir bagi menstruktur dan merangka semula pinjaman pembeli sekiranya perlu mendapatkan penambahan pinjaman (top up) bagi menampung kos pemulihan projek. Cadangan Skim pemulihan projek dan persetujuan pembeli di bawah pelikuidasi perlu mendapatkan kelulusan perintah Mahkamah sebelum projek ini dimajukan.
Jawatankuasa ini juga akan mengadakan perbincangan bersama pelikuidasi (liquidator) terbabit bagi mencari kaedah terbaik dalam memulihkan projek yang terbengkalai. Perbincangan dengan semua jabatan teknikal turut diadakan seperti SYABAS, TNB, IWK dan agensi berkaitan dengan tujuan mempercepatkan pemulihan projek di samping mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek disambung semula dengan kos tambahan yang kecil tanpa mengabaikan isu-isu keselamatan.
Tahap Ketiga – Proses Tender Terbuka Bagi Memilih Pemaju Penyelamat, Pelaksanaan Dan Pemantauan Projek (Tender Dilaksanakan Sekiranya Melibatkan Dana Pemulihan Kerajaan Negeri)
Jawatankuasa Tender iaitu Jawatankuasa Perolehan Peringkat Negeri akan membuat pemilihan bagi melantik pemaju penyelamat / kontraktor yang dipengerusikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Setelah pelantikan dibuat, Ikatan Perjanjian akan dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan anak syarikat kerajaan negeri atau pemaju penyelamat / kontraktor yang dilantik bagi menentukan skop tugasan dan kerja-kerja pemulihan yang akan dijalankan. Seterusnya, Jawatankuasa ini akan memantau secara berkala pelaksanaan projek bagi memastikan projek disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan sehingga Sijil Layak Menduduki atau Pematuhan Siap Kerja (CCC) diperoleh.
Berikut adalah keahlian JPPT yang terdiri daripada seperti berikut:-
- Pengerusi
– Pengerusi Jawatankuasa Tetap (EXCO) Perumahan,
Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar
- B. Penasihat Undang-Undang
- Pengarah Eksekutif LPHS
- Pembantu EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar
- Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor
- Jabatan Kerja Raya
- Pengarah Tanah dan Galian Selangor
- Pejabat Tanah dan Daerah berkaitan
- Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan
- Jabatan Perancang Bandar dan Desa
- Pemaju terlibat
- Jabatan Insolvensi / Liquidator (sekiranya berkaitan)
- Jawatankuasa Pembeli/Pemilik Rumah
- Bank terlibat
-
Berapakah jumlah kes yang telah diselesaikan oleh JPPT dari tahun 2014- 2015?
Jumlah kes yang telah diselesaikan oleh JPPT dalam membantu menyelesaikan projek terbengkalai dari Januari 2014 sehingga Disember 2015 sebanyak 18 projek terbengkalai melibatkan 7,837
-
Nyatakan jumlah peruntukan kepada JPPT dari tahun 2014-2015.
Jumlah perbelanjaan Ahli Majlis MDKS pada tahun 2014 & 2015 :-
2014 2015 RM103,791.00 RM112,720.00